Pendakwah bebas, Amin Idris meluahkan rasa bimbang terhadap trend segelintir wanita yang memilih untuk tidak lagi bertudung dengan pelbagai alasan sejak kebelakangan ini. Menurutnya, fenomena itu amat berbeza dengan suasana suatu ketika dahulu apabila masyarakat terinspirasi dengan penghijrahan pelakon dan aktivis, Wardina Safiyyah yang membawa gelombang positif terhadap pemakaian hijab dalam kalangan selebriti wanita.

“Dahulu sejak Wardina bertudung, kita bangga bila ramai selebriti wanita berhijab. Sedih akhir-akhir ini makin ramai yang berhijab membuka tudungnya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Amin turut menekankan bahawa istiqamah seseorang mudah tergugat jika hijab dipakai bukan kerana ketaatan kepada perintah Allah SWT. Beliau mengajak orang ramai untuk terus mendoakan hidayah buat mereka yang diuji agar kembali istiqamah. Walaupun kenyataannya tidak ditujukan kepada mana-mana individu, ia disusuli dengan kontroversi hangat di media sosial melibatkan anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin.

Puteri Dahlia, 21, yang juga seorang penyanyi, baru-baru ini mengakui sudah tidak lagi bertudung. Keputusan itu, menurutnya, mendapat sokongan keluarga dan membuatkan dia berasa lebih dekat dengan Allah walaupun tampil tanpa hijab.
Pengakuan berani Puteri Dahlia nyata menimbulkan perdebatan kerana dia dikenali berhijab sejak berusia enam tahun. Alasannya menanggalkan tudung kerana enggan terus dikaitkan dengan imej muslimah yang menurutnya telah membatasi kebebasan diri, mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dengan alasan pilihan peribadi, manakala sebahagian besar mengecam kerana menganggap ia satu bentuk normalisasi terhadap pengabaian kewajipan agama. Situasi ini sekali lagi mengundang perbincangan hangat mengenai istiqamah, pengaruh selebriti dan kefahaman sebenar tentang pemakaian hijab dalam kalangan umat Islam.

2 months ago
115







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


