Dengan tujuh album rakaman sejak 1994, Amy Mastura mengakui belum bersedia untuk mementaskan konsert solo atau persembahan berskala kecil seperti showcase. Walaupun beberapa rakan seangkatannya sudah kembali ke pentas besar dengan penuh berani, Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 54, lebih selesa memperlahankan langkah dalam bidang muzik seiring peningkatan usia.
Katanya, dia tidak pernah merajuk dengan industri hiburan, sebaliknya hanya memilih untuk memberi ruang kepada dirinya sendiri. “Saya bangga dengan keberanian dan kesungguhan mereka, saya harap mereka sukses. Kalau lagu saya peminat dengar di Spotify sudahlah. Mungkin faktor umur membuatkan saya fikir eloklah perlahankan kerjaya muzik ini, tapi bukan bermakna saya mahu bersara, saya masih ada di celah-celah,” jelasnya pada sidang media Teater Cik Ros di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menurut penyanyi Sha Na Na dan Setahun Sekali itu, pilihannya kini adalah keputusan peribadi untuk lebih fokus kepada kehidupan yang tenang dan seimbang. Malah, dia menyifatkan usianya kini seperti seorang kakitangan kerajaan yang sudah bersara, lalu tiba masa mengutamakan persediaan akhirat. “Ini pilihan saya sekarang, tapi tidak berani putuskan terus kerana saya juga manusia biasa. Hati kita ini kadang-kadang berbolak-balik,” katanya. Bagaimanapun, Amy tetap terbuka sekiranya ada tawaran baharu di masa depan.

Menyentuh mengenai keterlibatannya dalam program realiti popular Gegar Vaganza (GV), Amy secara jujur mengakui dia tidak berminat untuk menyertai walaupun setiap tahun menerima pelawaan. Menurutnya, pengalaman bertanding dalam Asia Bagus di Jepun pada 1993 sudah cukup meninggalkan kesan sehingga membuatkan dia tidak mahu lagi mengulangi pengalaman penuh tekanan itu.

“Cukuplah sekali sertai Asia Bagus, saya menyesal seumur hidup. Masuk pertandingan memang beri stres luar biasa, saya tidak suka perasaan itu. Tambahan pula, saya rasa tidak sehebat artis lain yang masuk GV. Jadi buat apa bertanding kalau sudah tahu kemampuan diri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Amy kini sibuk dengan pementasan Teater Cik Ros, sebuah persembahan tribut kepada tokoh seni persembahan terkenal, Allahyarham Dr Rosminah Mohd Tahir. Pementasan itu bakal berlangsung selama tiga hari bermula 19 September di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Teater arahan Hamzah Tahir, adik Allahyarham, turut menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Ziela Jalil, Juhara Ayob, Liza Abdullah dan ramai lagi, sekaligus menandakan Amy masih kekal aktif mewarnai dunia seni dalam cara yang lebih tenang dan sederhana.

1 month ago
78










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
