Pelakon Bella Astillah menegaskan bahawa segala urusan berkaitan dengan bekas suaminya, Aliff Aziz, kini sudah tidak lagi mempunyai kaitan dengan dirinya. Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 31, berkata dia tidak mahu mengulas sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Aliff sama ada menerusi media tempatan mahupun luar negara kerana enggan menyinggung hati banyak pihak. Baginya, kenyataan mengenai bekas suami tidak lagi relevan dalam kehidupannya.

“Apa-apa saja berkaitan dengan bekas suami, saya tak mahu komen. Dia dah tiada dalam hidup saya. Saya memang tak tahu bab itu (temu bual Aliff bersama media Singapura). Jadi, saya doakan yang terbaik untuk semua pihak. Itu saja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan drama muzikal FYP di Angkasapuri, baru-baru ini.
Bella turut menjelaskan bahawa pendirian tegasnya itu dibuat selepas memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh timbul sekiranya dia mengulas perkara berkaitan Aliff. Jelasnya, sebagai seorang wanita yang kini bergerak sendirian, dia perlu menjaga banyak hati agar tidak timbul rasa tidak senang atau salah faham dalam kalangan mereka yang terlibat. “Kalau saya nak cakap apa-apa tentang dia, mungkin akan ada ramai yang kurang senang. Banyak hati yang saya nak jaga,” katanya ringkas.

Kenyataan Bella hadir selepas Aliff dalam satu temu bual di Singapura mengakui merindui dua anak mereka, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, kerana didakwa tidak lagi berhubung sejak awal tahun ini. Dalam temu bual sama, Aliff turut mendoakan agar Bella berbahagia, apatah lagi apabila namanya kini dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Spekulasi itu menjadi perbualan hangat netizen, meskipun tiada sebarang pengesahan dibuat daripada pihak Bella sendiri.

Mengalihkan fokus kepada karier seninya, Bella kini tampil dalam drama muzikal FYP terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Projek berkonsepkan muzikal itu turut menampilkan pelakon lain seperti Rezza Shah, Daniesh Sufian, Sherry Ibrahim serta usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri. Bagi Bella, penglibatannya dalam drama tersebut merupakan peluang baharu untuk memperkukuh kerjaya seni selepas melalui pelbagai episod kontroversi dalam kehidupan peribadi.

Biarpun berdepan pelbagai dugaan dan cerita panas yang sering menjadi perhatian umum, Bella dilihat tetap memilih untuk mengekalkan profesionalisme. Dia kini lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya seni serta anak-anak yang menjadi kekuatannya. Keputusan untuk tidak lagi mengulas tentang bekas suami jelas membuktikan Bella mahu melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang, sekali gus menutup ruang kepada spekulasi yang tidak berkesudahan.

1 month ago
78










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)