Sabtu lepas, Restoran TURKS KL jadi tumpuan bila Bursa Culture, Tourism and Promotion Union dengan kerjasama Turkish Airlines Kuala Lumpur bawa Bursa Tourism Showcase terus ke tengah ibu kota.
Acara eksklusif ni bukan sekadar makan-makan biasa, tapi ruang untuk media, penggiat pelancongan, orang kreatif dan tetamu khas explore keindahan Bursa, sebuah destinasi ikonik di Turkiye yang mungkin ramai belum betul-betul kenal.

Yang buat suasana lebih bermakna, dua Datuk Bandar sendiri hadir mengetuai delegasi rasmi dari Bursa, Haşim Ali Arıkan (Harmancık) dan Ferhat Erol (Kestel). Kehadiran mereka jelas menunjukkan betapa seriusnya Bursa nak jadikan Malaysia sebagai rakan strategik.
Bila mereka berkongsi tentang destinasi masing-masing, rasa macam dah boleh bayangkan diri tengah hiking di Harmancık yang penuh hijau atau menikmati udara segar tanah tinggi Kestel sambil pekena makanan kampung. Sounds like a perfect getaway kan?

Sepanjang acara, banyak highlight yang buat tetamu terpukau, daripada ucapan alu-aluan, pembentangan khas tentang Bursa sebagai Warisan Dunia UNESCO, hinggalah cerita tentang Gunung Uludağ, destinasi ski paling popular di Turkiye. Bursa juga tak lupa memperkenalkan sisi lain, spa terma bertaraf antarabangsa, keunikan budaya, dan of course makanan lagenda macam kebab serta buah berangan bergula. Trust us, semua nampak irresistible!

Apa yang paling “touching” bila Haşim Ali Arıkan sendiri sebut:
“Bursa anggap rakyat Malaysia sebagai saudara. Harapan kami, pelancong Malaysia bukan datang sehari je, tapi stay lebih lama untuk nikmati semuanya.”
Dan berita baiknya, Bursa bukan setakat cakap kosong. Mereka dah siap dengan plan besar, galakkan pelancong Malaysia stay at least tiga malam, buka peluang penerbangan charter direct ke Bursa Yenişehir Airport (YEI), plus ada Visit Bursa App untuk mudahkan korang plan trip. Malah, Bursa juga ajak media, travel agent dan influencer Malaysia untuk join familiarisation trip. Confirm hype kalau benda ni jadi!

Kesimpulannya, Bursa Tourism Showcase ini berjaya tunjuk yang Bursa bukan sekadar kota sejarah, tapi destinasi penuh pakej. Ada ski, ada spa, ada heritage, ada gastronomy heaven, dan ada vibe persahabatan yang buat korang rasa selesa.
Untuk milenial yang nak escape dari rutin sibuk dan Gen Z yang suka adventure sambil update feed IG, Bursa memang port ideal. Next trip, jangan singgah Istanbul je, pastikan Bursa ada dalam itinerary!

1 month ago
41










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
