Aktris ternama Bollywood, Deepika Padukone mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pelakon pertama dari India yang bakal diabadikan namanya di Hollywood Walk Of Fame di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pemilihan tersebut meletakkan Deepika sebaris dengan selebriti dunia seperti Demi Moore, Rachel McAdams, Emily Blunt, Timothee Chalamet, Rami Malek dan Stanley Tucci menjadikan senarai pengiktirafan tahun 2026 itu sesuatu yang cukup berprestij.
Deepika, yang memulakan kerjayanya dalam dunia lakonan menerusi filem blockbuster Om Shanti Om pada tahun 2007, dilihat sebagai ikon global yang bukan sahaja mencipta fenomena di India, malah menarik perhatian antarabangsa. Menerusi hantaran ringkas di Instagram, isteri kepada pelakon Ranveer Singh itu meluahkan rasa syukurnya dengan menulis satu perkataan bermakna: “Gratitude”.
Walaupun pencapaian ini dianggap membanggakan oleh majoriti rakyat India dan peminat antarabangsa, namun masih wujud suara-suara sumbang yang mempertikaikan kelayakan Deepika menerima penghormatan sedemikian. Antara kritikan yang dilemparkan ialah beliau hanya pernah muncul dalam satu filem Hollywood, iaitu XXX: Return of Xander Cage yang ditayangkan pada 2017. Lalu timbul perbandingan dengan pelakon Priyanka Chopra yang dikatakan lebih layak kerana telah membina nama kukuh di Hollywood melalui pelbagai filem dan siri antaranya Quantico dan The Matrix Resurrections.
Ada juga yang lebih jauh membuat dakwaan bahawa Deepika mungkin telah membayar sejumlah wang untuk mendapat tempat di Walk Of Fame, namun kenyataan itu nyata tidak berasas. Pemilihan nama-nama untuk diabadikan bukanlah sesuatu yang boleh dibeli sewenang-wenangnya, malah ditentukan melalui proses pemilihan yang ketat oleh panel juri profesional yang menilai lebih ratusan pencalonan dari seluruh dunia setiap tahun.
Apa yang tidak dapat dinafikan ialah daya tarikan Deepika di mata dunia bukan sahaja datang daripada karisma lakonannya, tetapi juga melalui kehadirannya dalam arena fesyen dan diplomasi budaya. Beliau merupakan duta beberapa jenama mewah antarabangsa seperti Louis Vuitton dan Cartier serta menjadi pilihan untuk muncul di pentas global seperti Academy Awards 2023 dan pentas Piala Dunia FIFA 2022 sebagai pembawa trofi.
Deepika Padukone kini bukan hanya milik India, tetapi menjadi wajah Asia Selatan di pentas global satu pencapaian yang seharusnya diraikan, bukan dipersoalkan. Pengiktirafan ini menandakan bahawa bintang Bollywood tidak lagi hanya bersinar di Mumbai, tetapi kini turut menyinar di lorong paling berprestij di dunia hiburan antarabangsa.

3 months ago
129














![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)
















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
