[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”

12 hours ago 9

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Leona yang menghadiri ujibakat pencarian bakat penyampai radio yang baharu. Leona dengan bersahaja tampil dan melalui ujibakat tersebut dengan penuh tawa dari pihak krew yang terlibat.

@era.je

@kasihirisleona pun datang audition terbuka #PenyampaiBaruERA 😂 Dia nak join 3PE jadi 4PE terus!! Gelak besar @radin_era bila dengar!! #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mnegatakan bahawa jika Leona menjadi penyampai radio tersebut pasti bertambah ramai yang akan mendengarkannya.

“dia macam aku anak orang kaya tapi nak keje ni hahaha”

“tolonglah amik leona ni, hahaah confirm aku akan dengar era lepasni”

“tengok dia berjalan je dah kelakar”

“bagus dia, kan bangun subuh mesti bolehlah bangun pagi hahaha jawapan deep”

“rating naik ohhh kalau dia join radio ni”

“juri pulak disuruh sedia hahahaha berdekah aku”

“kalau dia diambil jadi dj memang pagi pagi aku akan buka radio dengar”

Siapa yang tidak kenal dengan Kasih Iris Leona yang merupakan anak kepada Azhar bin Sulaiman yang merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka di Malaysia. Azhar Sulaiman mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam  dan Ijazah Sarjana Muda Seni bina.

Azhar Sulaiman memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 serta perjalanan kerjayanya berjalan serentak semasa dia masih menuntut di ITM manjung. Kemudian Azhar Sulaiman memasuki Hero Remaja 1990/1991 dan mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.

Kasih Iris Leona merupakan pempengaruh yang semakin dikenali di Malaysia, setiap perkataan ataupun video darinya pasti akan tular di semua platform media sosial di Malaysia.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |