Ada sesuatu yang terasa berbeza di Dataran Merdeka sejak awal Februari ini. Bangunan yang selama ini hanya ‘dilihat dari luar’, kini kembali bernafas. Bangunan Sultan Abdul Samad akhirnya dibuka semula kepada orang ramai selepas hampir setahun melalui proses pemuliharaan dan restorasi rapi.
Ahad, 1 Februari 2026 menjadi tarikh penting apabila Blok 1 bangunan ikonik ini kembali boleh dimasuki, menandakan tamatnya Fasa 1 Dana Warisan, inisiatif Khazanah Nasional Bhd yang mahu menghidupkan semula bangunan warisan, bukan sekadar menyimpannya sebagai monumen beku.
Bangunan berusia lebih 100 tahun ini bukan asing dalam lipatan sejarah negara. Dari pejabat pentadbiran kolonial British, ke mahkamah persekutuan, sehinggalah menjadi saksi pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, setiap sudutnya sarat makna. Kini, wajah lamanya masih kekal tetapi isinya jauh lebih segar.
MURAI kongsikan 4 perubahan utama yang menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad versi 2026 ini lebih ‘hidup’ dan dekat dengan orang ramai.
1. Dari Sunyi ke Sarat Cerita: Galeri & Ruang Pameran
FOTO VIA Tourism Malaysia
FOTO VIA Tourism Malaysia
FOTO VIA Tourism MalaysiaMelangkah masuk, pengunjung tidak lagi disambut ruang kosong atau koridor sepi. Sebaliknya, galeri dan ruang pameran kini membawa naratif sejarah bangunan ini secara lebih tersusun dan mudah difahami. Kisah seni bina Moorish Revival, peranan dalam sistem perundangan, dan perjalanan Kuala Lumpur dipersembahkan dengan pendekatan yang lebih mesra pengunjung.
Ia bukan sekadar melihat, tetapi merasai sejarah.
2. Nadi Baharu: Ruang Kraf, Runcit & Pusat Pelawat
Yang ini mungkin paling ‘MURAI approved’. Bangunan ini kini membuka ruang kepada artisan tempatan, bengkel kraf dan kedai runcit berkonsepkan warisan. Ada hasil seni, ada cerita di sebalik setiap karya.
Turut disediakan pusat pelawat untuk memudahkan orang ramai menjelajah keseluruhan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad yang sebenarnya merangkumi beberapa bangunan bersejarah lain seperti Pejabat Pos Lama, Panggung Bandaraya dan Muzium Tekstil Negara.
FOTO VIA Tourism Malaysia3. Ruang Acara: Warisan Yang Digunakan, Bukan Dipamer
Menariknya, bangunan ini kini tidak lagi ‘untuk dipandang sahaja’. Beberapa ruang dan dewan acara disediakan untuk disewa sesuai untuk pameran seni, majlis rasmi, acara korporat mahupun program komuniti.
Inilah konsep yang cuba dibawa oleh Dana Warisan: warisan yang digunakan, bukan ditinggalkan.
FOTO VIA Tourism Malaysia
FOTO VIA Tourism Malaysia4. Lebih Mesra Pengunjung: F&B, Keselamatan & Akses
Berjalan jauh memang letih. Jadi, beberapa kedai makanan dan minuman turut melengkapkan pengalaman lawatan. Dalam masa sama, aspek keselamatan, keselesaan dan aksesibiliti dipertingkatkan semuanya dilakukan tanpa menjejaskan status bangunan ini sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.
FOTO VIA Tourism Malaysia
FOTO VIA Tourism MalaysiaSebagai ‘hadiah’ pembukaan semula, Kuala Lumpur City Gallery menawarkan kemasukan percuma sepanjang Februari. Masa yang tepat untuk singgah, terutama dengan kempen Visit Malaysia 2026 yang semakin hampir.
FOTO VIA Tourism Malaysia
FOTO VIA Tourism MalaysiaDan ini baru permulaan. Dana Warisan merancang untuk memulihkan lebih banyak bangunan bersejarah lain di Kuala Lumpur, termasuk Seri Negara dan Carcosa di Bukit Carcosa.
Bangunan Sultan Abdul Samad hari ini bukan sekadar latar gambar pelancong. Ia kembali sebagai ruang bercerita — tentang masa lalu, untuk dinikmati pada hari ini, dan diwariskan kepada masa depan.

3 hours ago
4












![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)









