Ramai Teruja Lihat ‘Airport’ Kota Bharu Selepas Ubah Suai, Netizen- “Macam Melayu Langkasuka”

3 hours ago 2

Warganet Kelate mesti suka tengok ni! Airport Kota Bharu (KBR) sekarang tengah transform besar-besaran, dan macam tak percaya betul bila dah siap nanti. Malaysia Airports (MAHB) dalam kenyataan rasmi mereka kata:

“Perkara besar sedang berlaku di Lapangan Terbang Kota Bharu! Projek pengembangan sedang berjalan dengan lancar,  terminal yang lebih besar dan landasan yang lebih panjang akan siap tidak lama lagi. Apabila siap nanti, airport ini mampu menampung sehingga 4 juta penumpang setahun dan malah boleh menerima penerbangan terus ke destinasi seperti Jeddah untuk musim Haji. Nantikan pengalaman perjalanan yang lebih baik!”

Fasa pertama terminal baru Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa dah mula operasi. Menurut Kamaruzzaman Razali, pengurus besar MAHB, terminal ini dijangka handle 30-35 penerbangan sehari, dengan 4,000-4,500 penumpang setiap hari. Projek naik taraf ni dijangka siap sepenuhnya tahun 2026-2027.

Apa yang baru? Banyak!

  • Jumlah aerobridges bertambah 
  • Laluan khas untuk penumpang antarabangsa
  • Lebih 20 kaunter penerbangan
  • Tempat letak kereta bertingkat
  • Laluan khas pemandu teksi
  • Stesen bomba & penyelamat
  • Apron lebih luas
  • Sistem operasi cashless – senang sikit nak travel
@

♬ –

MAHB juga sedang berbincang bagi membawa penerbangan terus dari Singapura, Thailand, dan Indonesia, manakala penerbangan antarabangsa termasuk ke Jeddah bagi musim Haji juga sedang dipertimbangkan. Keseluruhan projek naik taraf ini bernilai RM440 juta, dengan kapasiti terminal meningkat daripada 1.5 juta ke 4 juta penumpang setahun.

Di media sosial, reaksi netizen turut mendapat perhatian. Ada yang memuji reka bentuk terminal baharu yang lebih menyerlahkan elemen Melayu Langkasuka, berbanding reka bentuk Arab pada terminal lama. Seorang netizen menulis, “Lawa mcm design melayu langkasuka.. mujo la dia x buat design arab mcm dulu”. Seorang lagi menambah, “Lalu marin lawa nk mampossss.. bangga sero jadi ore klate ada airport comey tepi jale.. airport lain gk dk tengah2 pade nk kena masuk nk kena bayar..”

Dengan semua naik taraf ini, pengalaman perjalanan dari dan ke Kota Bharu dijangka lebih selesa, efisien, dan moden, sekaligus memberi kebanggaan kepada rakyat Kelantan kerana memiliki airport yang lengkap dengan fasiliti terkini.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |