[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”

7 hours ago 6

Perkongsian personaliti media sosial, Bella Park mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya, Haikal Anuar yang mengalami alahan atau Sindrom Couvade ketika dia sedang hamil.

Suami Alami Alahan Hamil

Bella Park atau nama sebenarnya Nurul Nabila Zolkepli menerusi video yang dimuatnaik di TikTok turut memaparkan keadaan suaminya yang terbaring di atas sofa selepas mengalami rasa mual disebabkan kehamilan Bella.

“Bini tak alah, suami yang alah, kesian laa. Bawa kereta kunyah asam mual-mual, balik rumah boh minyak angin, muntah.

Bagus jugak ambik sorang sikit, tak ada la bini je semua kan. Ambikk.”-tulis Bella Park di TikTok

@bellapark1310

bini tak alah suami yg alah, kesian la. bawa kereta kunyah asam mual2, balik rumah boh minyak angin, muntah. baguih gak ambik sorang sikit xdak la bini ja semua kan. ambikkkkkk

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

“Sebelum Baby Dalam Perut Lahir, Jaga Baby Mak Mentua Dulu..”

Menjengah ruangan komen, para warganet meluahkan rasa terhibur melihat keadaan Haikal yang ‘behave’ disebabkan Sindrom Couvade, malah ada yang berseloroh menyifatkan Bella beruntung kerana alahan hamil dialami oleh suaminya dan bukan kepada si ibu.

“Untung la kak Bella, kalau macam ni tiap tahu tak apa. Kami rindu nak pregnant tapi bila ingat morning sickness tu Allahu serik rasa.”

“Saya pun awal-awal suami yang lepas tu baru kita merasa.”

“Best nya laki yang kena alahan. Aku 3 orang semua aku yang alah 🤣. Teringin gak nak tengok laki aku yang kena alah ni hahaha.”

“Sebelum baby dalam perut lahir, jaga baby mak mentua dulu 🤣.”

“Tenang lah netizen dua tiga bulan ni.”

Sebelum ini, Bella Park berkongsi keadaan dirinya yang dikhabarkan pada awalnya disahkan mengandung kembar, namun hanya satu janin berjaya diselamatkan disebabkan vanishing twin syndrome (VTS) bila mana salah satu janin berhenti berkembang dan ‘hilang’ pada peringkat awal kehamilan.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |