Jika dahulu pelakon cantik Anzalna Nasir tidak teragak-agak membelanjakan lebih RM100,000 untuk membeli barangan mewah demi kepuasan diri, kini bintang berusia 35 tahun itu memilih pendekatan berbeza dalam menjalani kehidupan. Seiring perubahan usia dan gaya hidup, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md. Nasir mengakui keutamaannya kini lebih kepada berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan berbanding memenuhi kehendak semata-mata.

“Dulu saya tak kisah pun berbelanja lebih RM100,000 untuk beli barangan mewah. Sekarang pun masih membeli apa yang saya suka, cuma tidak segila dulu. Saya mula sedar harga sebuah beg berjenama sebenarnya mampu mengenyangkan ramai keluarga. Wang sebanyak itu juga boleh menyara ibu bapa yang susah dan membantu seseorang untuk bangkit semula dalam kehidupan,” tulisnya dalam InstaStory.
Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, Anzalna menyedari hakikat tersebut seiring dengan kematangan dan semakin rapatnya dirinya dengan Sang Pencipta. Katanya, kehidupan menjadi lebih bermakna apabila dapat melakukan kebaikan, memberi bantuan dan mencari keberkatan. “Semakin meningkat usia, hati saya hanya mahu dekat dengan Allah. Hidup terasa lebih bermakna apabila melakukan kebaikan, memberi kepada yang memerlukan serta mencari keberkatanNya. Saya berharap akan sentiasa berada di landasan yang betul dan terus istiqamah, doakan saya,” luahnya.

Dalam satu perkongsian lain, pelakon itu turut mendedahkan dirinya sering menerima mesej peribadi di TikTok daripada individu yang memohon bantuan, termasuk sebuah keluarga miskin. Menurut Anzalna, dia akan berusaha menyalurkan pertolongan selagi mampu, terutamanya kepada mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Namun, untuk mereka di luar kawasan, kekangan masa serta tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih kecil membuatkan bantuannya agak terbatas.

Anzalna juga sempat berkongsi rasa simpati terhadap kisah tular seorang wanita warga emas di Pulau Pinang yang tertidur kepenatan ketika berniaga nasi lemak. Beliau mengajak orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu untuk membantu sekiranya berkesempatan. “Kalau ada sesiapa di Pulau Pinang ternampak makcik ini atau tahu lokasinya, mungkin boleh kongsi atau hulurkan bantuan,” katanya.

Ini bukan kali pertama Anzalna menghulurkan tangan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sebelum ini, beliau pernah menyumbangkan barangan bayi dan keperluan harian kepada keluarga seorang penghantar makanan yang bekerja sambil menggendong anak kecil. Perubahan sikapnya itu nyata membuktikan bahawa kemewahan tidak semestinya diukur dengan harta, tetapi sejauh mana seseorang mampu memberi makna kepada kehidupan orang lain.

2 months ago
52











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)














![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

