Drama komedi popular terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Enjoy Your Stay, bakal kembali untuk musim kedua dengan jalan cerita yang lebih menarik, penuh kejutan serta sarat dengan elemen lawak bersahaja.
Mengekalkan Pengarah Yang Sama
via RTM KlikSelepas menerima sambutan hangat daripada penonton bagi musim pertamanya, drama 13 episod ini akan mula bersiaran pada 9 Julai setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik.
Masih mengekalkan sentuhan pengarah Ikhsan Sukiman, musim kali ini memilih Santubong, Sarawak sebagai lokasi utama penggambaran.
Selain memberi nafas baharu kepada penceritaan, lokasi ini turut membantu mempromosikan keindahan alam semula jadi Sarawak kepada penonton di seluruh negara.
Kemunculan Watak Baharu
via RTM KlikPelakon utama Harris Alif kembali sebagai Sean, bersama barisan pelakon hebat seperti Chacha Maembong (Ariana), Sangeeta Krishnasamy, Taqim Zaki, Emily Elizabeth, Riezman Khuzaimi dan Ruby Ooi.
Kisah bermula apabila Sean bercita-cita menjadi General Manager di Damai Beach selepas Beber melanjutkan pelajaran.
Namun, kehadiran Ariana, anak saudara Tuan Adam, mencabar kedudukannya dan menimbulkan persaingan.
Kemunculan watak baharu seperti Orked, gadis Kadazan Dusun yang menjadi pengajar renang, serta Mat Boyak yang menggemari muzik rock dan kini berperanan sebagai Sous Chef, menambah lagi warna dalam drama ini.
Lebih Hiburan
via RTM KlikSangeeta pula muncul sebagai peguam yang sering terjebak dalam kekecohan hotel semasa bercuti.
Musim ini menyorot bagaimana Sean dan Ariana bekerjasama menangani pelbagai isu di hotel, selain menyelami kisah lucu dan menyentuh hati para pekerja serta tetamu.
Enjoy Your Stay musim kedua menjanjikan hiburan ringan berlatarkan suasana indah bumi Kenyalang, penuh gelak tawa dan mesej bermakna.

3 months ago
85









![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)
















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] “Kalau Tak Selesa Kenapa Pakai Juga” – Penampilan Berani Khushi Mukherjee Undang Kecaman Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Copy-of-Untitled-756-x-1134-px-30-x-20-cm.png)