Tiada angin tiada ribut, nama pelakon popular Fattah Amin kembali menjadi bualan hangat apabila timbul dakwaan kononnya dia bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat. Segalanya tercetus selepas seorang pengguna platform Thread dengan nama akaun Kimchikims_ mendakwa mendapat maklumat daripada sumber dipercayai bahawa Fattah sudah bersedia melangkah ke alam rumah tangga sekali lagi.

“Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi,” tulis individu tersebut secara ringkas sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Walaupun tidak menyebut nama bakal pasangan, rata-rata netizen pantas mengaitkan penyanyi Amira Othman sebagai calon yang disebut-sebut. Malah, ada juga pihak mendakwa persiapan majlis sudah pun berjalan, termasuk tempahan dewan perkahwinan yang dikatakan telah dibuat lebih awal.
“Memang banyak dengar pasal ni. Dengar kata dewan dah ditempah, tahniah! Ada yang cakap September ini, tapi apapun, saya doakan yang terbaik,” kongsi seorang pengguna media sosial.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira seandainya khabar angin itu benar. “Kalau betul berita ini betul, syukur Alhamdulillah. Akhirnya mereka kahwin juga!” komen seorang netizen yang turut mendapat sokongan ramai.

Spekulasi ini semakin hangat diperkatakan kerana Fattah dan Amira sebelum ini beberapa kali dilihat rapat, termasuk mengenakan pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa acara. Walaupun alasan yang diberikan adalah atas urusan kerja dan kempen jenama bersama, namun ramai yang menyifatkan keserasian mereka jelas terpancar.

“Macam pinang dibelah dua, kalau betul, eloklah, masing-masing pun belum ada sesiapa kan,” ujar seorang lagi netizen.
Sejak bergandingan dalam video muzik Amira berjudul Bila Nak Kahwin, hubungan mereka semakin menjadi perhatian umum. Ditambah pula dengan kerjasama berterusan sebagai duta jenama, pasangan ini kerap kelihatan bersama hingga menimbulkan persoalan tentang status sebenar hubungan mereka.

Namun begitu, baik Fattah mahupun Amira sebelum ini tetap konsisten menafikan gosip percintaan, sebaliknya menegaskan mereka hanya sekadar rakan sekerja. Meski begitu, netizen nampaknya masih berharap khabar angin pernikahan ini menjadi kenyataan, sekali gus menamatkan teka-teki mengenai hubungan rapat antara kedua-duanya.

2 months ago
79











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)














![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

