Fenomena Bella Astillah dan Syed Saddiq atau lebih dikenali dengan gelaran BASS benar-benar menjadi bualan hangat tahun ini apabila gandingan mereka mencetuskan ledakan luar biasa di luar jangkaan. Populariti yang tiba-tiba melonjak membuatkan pasangan unik penyanyi dan ahli politik itu menjadi rebutan pelbagai jenama besar serta tempatan yang mahu menjadikan mereka wajah promosi produk. Ramai beranggapan BASS kini menjadi pilihan terbaik sebagai duta kerana mampu melonjakkan jualan dan bertindak sebagai pelaris yang cukup berkesan.

Bagi Bella sendiri, dia tidak menyangka gelaran “pelaris” yang diberikan menjadi sebahagian daripada perbualan netizen. Baginya, apa yang dilakukan hanyalah memenuhi tanggungjawab sebagai duta dan jika produk yang dipromosikan laris, itu dianggap rezeki yang harus disyukuri.
“Pelaris? Ya Allah. Sebenarnya jujur saya pun tidak jangka apa-apa yang lebih daripada itu. Cuma bila orang cakap pelaris dan dapat membantu, sedikit sebanyak buat saya gembira sebab bukan perkara yang buruk pun,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman sijil halal restoran Thong Bowl cawangan IOI Putrajaya baru-baru ini.
Bella mengakui peluang menjadi wajah kepada pelbagai kempen dan produk memberi manfaat besar bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga kepada ramai peniaga termasuk usahawan tempatan. Malah, pengalaman sendiri berniaga membuatkan dia lebih menghargai setiap peluang promosi kerana tahu betapa pentingnya sokongan untuk memastikan produk laris di pasaran. Tawaran yang tidak putus-putus diterima dianggap sebagai rezeki buat keluarganya, terutama dua anak tersayang, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Menariknya, walaupun sering dilihat bersama, Bella menafikan dirinya dan Syed Saddiq hadir dalam satu pakej setiap kali dilantik menjadi duta. Katanya, semua urusan melibatkan kempen promosi dilakukan melalui syarikat rakamannya, Universal Music, manakala urusan berkaitan Syed Saddiq pula diuruskan oleh pasukan pengurusannya sendiri.

Bella juga menegaskan setiap produk yang mahu dipromosikan akan ditapis terlebih dahulu, bukan sahaja melalui label muziknya, tetapi juga melalui ibunya, Siti Zarina Astillah. Hal ini bagi memastikan tiada unsur penipuan atau dakwaan palsu yang boleh menjejaskan kepercayaan pengguna. “Kalau mama luluskan, saya akan buat. Kalau boleh saya nak kongsi benda yang tepat. Tidak kisahlah produk makanan atau kesihatan, saya tak mahu menipu orang,” jelas penyanyi berusia 31 tahun itu.

Fenomena BASS jelas membuktikan gandingan dua figura berbeza dunia itu kini bukan sahaja mencetuskan gelombang luar biasa di media sosial, malah turut memberi impak besar dalam dunia perniagaan dan pemasaran di Malaysia.

2 months ago
84











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)














![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

