Rasanya macam dah lama tak dengar khabar pelakon Que Haidar kan Terbaru, pelakon kacak itu telah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik karusel gambar badannya menerusi platform TikTok.
Menerusi hantaran tersebut, Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, telah berkongsi gambarnya yang berdiri di hadapan cermin sambil mempamerkan bentuk badannya yang kini lebih sasa dan berotot.
Bapa kepada dua cahaya mata ini menjelaskan bahawa transformasi badannya itu dibuat khas untuk menjayakan sebuah watak dalam sebuah filem. Tetapi malang tak berbau apabila filem tersebut didakwa telah dibatalkan sebelum sempat penggambaran dilakukan.
“Life is too short (Terjemahan: Hidup ini terlalu singkat)”, tulis Que sebagai kapsyen.
Perkongsian terbaru Que itu sedikit sebanyak telah membuatkan ramai peminatnya terpegun melihat sosok badannya. Ada yang terinspirasi dengan bentuk badannya dan ada juga yang meminta tips daripadanya.
“Clean diet. No sugar, no salt, no oil (kecuali olive oil), carbo spaghetti (kosong), protein ayam/ putih telur rebus/ daging/ ikan. Protein way saya pakai brand Padu Gear.
Dalam seminggu 1 hari curi, dalam 1 hari at least 2 jam. But kalau ada masa buat 2 jam pagi, 2 jam malam”, kongsi Que mengenai rutin dietnya.
Foto – @the_haidars (IG)Pada masa yang sama, Que Haidar turut menyatakan bahawa dia telah melakukan diet selama dua bulan untuk mendapatkan bentuk badan tersebut. Bukan itu sahaja, untuk menjayakan misinya itu, Que turut melakukan senaman yang dipantau oleh jurulatih peribadi.
Walaupun Que Haidar sudah pun menginjak ke usia 40 tahun, ia tidak menjadi masalah untuk pelakon itu mendapatkan bentuk badan ideal jika melakukan rutin senaman yang konsisten dan dan mengawal pemakanan.
Sekadar info, filem terakhir lakonan Que Haidar adalah Misteri Jalan Lama, sebelum dia berehat panjang dari bidang lakonan.

1 month ago
43










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
