Penyanyi popular Shila Amzah mencetuskan kejutan apabila mendedahkan dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda ketika sedang menjalani latihan konsert di Stadium Merdeka. Insiden yang berlaku di hadapan kru produksi itu dikongsikan sendiri oleh Shila menerusi Instagram Story miliknya, sehari sebelum berlangsungnya Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y.
Dalam perkongsiannya, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila diserang secara terbuka oleh individu yang disifatkannya sebagai figura muzik bertaraf legenda. Walaupun tidak menamakan secara jelas siapa individu terbabit, Shila menyatakan serangan itu memberi kesan emosi yang mendalam hingga menimbulkan rasa bimbang terhadap keselamatannya sendiri.
“Gila bila seorang penyanyi legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru di tempat awam. Bersyukur sebab kamu orang tua. Tetapi kamu telah mencetuskan ‘anxiety’ terhadap keselamatan saya,” tulisnya.
Lebih mengejutkan, pengurus Shila, Aini, turut membuat perkongsian semula dan memaklumkan bahawa satu laporan polis telah pun dibuat susulan insiden tersebut. Pihak berkuasa kini difahamkan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di lokasi latihan konsert tersebut.
Walaupun tiada nama disebut, perhatian kini tertumpu kepada senarai barisan artis yang terlibat dalam konsert berkenaan, antaranya Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella Aminuddin, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan kumpulan 3P. Nama-nama besar ini membuatkan spekulasi dalam kalangan peminat dan warganet terus hangat diperkatakan, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini daripada mana-mana pihak terlibat.
Konsert yang dijadualkan berlangsung esok itu sepatutnya menjadi sambutan gilang-gemilang bagi ulang tahun ke-20 jenama terkenal MR D.I.Y, namun kini sedikit tercalar dengan insiden membabitkan dua bintang muzik tanah air.
Shila yang sebelum ini dikenali dengan sikap profesional dan prestasi pentas bertenaga, dilihat tetap berdiam diri daripada memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut. Namun reaksi awalnya jelas menggambarkan kejutan dan kesedihan yang mendalam, apatah lagi berlaku hanya sehari sebelum acara besar berlangsung.

3 months ago
88














![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)