Penyanyi, komposer, serta storyteller tekenal, Hael Husaini mengubat rindu peminat dengan pelancaran dua buah single terbaharu berjudul “Peluk” (duet bersama Nadeera), dan “Alangkah”, terbitan Rocketfuel Entertainment. Kedua-dua karya ini membawa pendengar menyelami pelbagai sisi cinta — daripada kerinduan yang manis hingga rintihan penuh melankolia — dan kini dipilih sebagai original soundtrack (OST) untuk dua drama bersiri Astro yang sedang hangat diperkatakan.
‘Peluk’ Balada Romantis LDR
Lagu ini mengangkat tema hubungan jarak jauh atau LDR (long distance relationship), tentang rindu yang tidak pernah padam dan harapan untuk kembali bertemu insan tersayang. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema drama bersiri Astro “Mandul Bukan Pilihan” lakonan Hun Haqeem, Mira Filzah dan Ayda Jebat.
Bagi Hael, Peluk adalah sebuah karya yang dekat dengan hatinya kerana ia menyentuh realiti ramai pasangan hari ini.
“Saya percaya ramai yang melalui fasa hubungan LDR, tidak kira kerana kerja, pelajaran ataupun keadaan hidup. Lagu ini saya tulis sebagai bingkisan rasa rindu, dan saya mahu ia menjadi teman buat sesiapa yang merasainya. Bagi saya, kadang-kadang rindu itu pahit, tapi dalamnya tetap ada keindahan,” jelas Hael.

‘Alangkah’ Keindahan Cinta Paling Dalam

Jika Peluk membawa kehangatan rindu, single Alangkah pula mengetengahkan sisi yang lebih melankolik. Lagu ini pula dipilih sebagai OST drama bersiri “Thariq Ridzwan” yang dibintangi Meerqeen dan Qasrina Karim. Alangkah menggambarkan rasa cinta mendalam terhadap seseorang, disulami persoalan penuh harapan — “alangkah baik jika takdir berpihak padaku…”
“Saya hasilkan lagu ini ketika saya sendiri melihat pengalaman orang-orang yang terdekat dengan saya. Ada cinta yang mereka mahu, tapi tidak semua berakhir seperti yang diimpikan. Lagu ini saya tulis dengan hati terbuka, kerana saya percaya dalam setiap kepedihan ada sesuatu yang indah untuk dikenang. Itulah mesej yang saya mahu sampaikan,” kata Hael.

Single “Peluk” bersama Nadeera dan “Alangkah” kini boleh distrim di semua platform digital utama seperti di Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala, video muzik rasmi bagi kedua-dua lagu ini masih dalam pembikinan dan dijangka menemui penonton dalam masa terdekat.

1 month ago
84










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
