Hanya Guna Portal atau Aplikasi Je! Ini Cara Buat Pengeluaran ASB Tanpa Perlu Ke Kaunter

2 weeks ago 33

Setiap kali hampir hujung tahun, pasti ramai yang tertunggu-tunggu mengenai berita berkenaan dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sebelum ini Murai Malaysia ada kongsikan cara mudah semak dividen ASB bagi tahun 2025 dengan secara online sahaja.

Kali ini kami kongsikan pula bagaimana sekiranya ada dalam kalangan kita yang mahu membuat pengeluaran ASB secara online melalui laman web ataupun aplikasi myASNB.

Pengeluaran Secara online di www.myasnb.com.my

Untuk pengguna yang mahu membuat pengeluaran secara online berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Daftar & Log Masuk Akaun myASNB

    • Layari portal rasmi www.myasnb.com.my atau guna aplikasi mudah alih myASNB.

    • Daftar akaun jika belum, atau log masuk dengan ID sedia ada.

  2. Pilih Menu Portfolio

    • Setelah berjaya log masuk, pilih menu “Portfolio” untuk melihat senarai dana ASB yang anda miliki.

  3. Klik Transaksi > Pengeluaran

    • Pilih tab “Transaksi”, kemudian tekan “Pengeluaran” untuk memulakan proses.

  4. Pilih Dana & Masukkan Jumlah

    • Pilih dana ASB yang ingin dikeluarkan.

    • Masukkan jumlah pengeluaran yang dikehendaki.

  5. Semak Maklumat Akaun Bank

    • Pastikan nombor akaun bank yang didaftarkan adalah betul dan aktif untuk menerima wang pengeluaran.

  6. Tandakan Persetujuan & Teruskan

    • Tandakan kotak pengisytiharan persetujuan, kemudian klik “Seterusnya”.

  7. Terima Kod TAC

    • Sistem akan menghantar kod TAC melalui SMS ke nombor telefon berdaftar anda.

  8. Masukkan TAC & Sahkan

    • Masukkan kod TAC yang diterima, dan sahkan transaksi untuk melengkapkan proses pengeluaran.

Pengeluaran Menggunakan Applikasi myASNB

Selain secara online, anda juga boleh menggunakan applikasi myASNB.

1. Log masuk aplikasi myASNB atau klik “Daftar Sekarang” sekiranya anda belum mempunyai akaun.

via myASNB

2. Untuk membuat pengeluaran duit ASB, klik “Pengeluaran”.

via myASNB

3. Pilih “Amanah Saham Bumiputera” untuk keluarkan duit ASB.

via myASNB

4. Masukkan nilai/amaun yang anda ingin keluarkan dan klik, seterusnya.

via myASNB

5. Pilih sebab pengeluaran dan klik, Pasti.

via myASNB

6. Semak no akaun dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.

via myASNB

7. Sahkan dan semak sekali lagi no akaun bank dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.

via myASNB

8. Klik Benarkan.

via myASNB

9. Transaksi diluluskan. Klik OK.

via myASNB

10. Tempoh masa pengeluaran adalah 3-7 hari bekerja. Klik OK dan pengeluaran selesai.

via myASNB
via myASNB

Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian

Pastikan jumlah pengeluaran yang dimasukkan adalah tepat.

Maklumat peribadi & akaun bank mestilah sama seperti dalam rekod perbankan anda.

ASNB tidak bertanggungjawab jika berlaku kesilapan dalam nombor akaun atau penerima.

Wang pengeluaran akan dimasukkan ke akaun bank dalam 7–10 hari bekerja.

Untuk Dana Harga Hadapan ASNB, nilai akan dikira berdasarkan waktu urus niaga:

    • Sebelum 4:00 PM: dikemaskini dalam 2 hari bekerja

    • Selepas 4:00 PM: dikemaskini dalam 3 hari bekerja

Jika transaksi gagal, unit akan dipulangkan ke akaun anda dalam masa 10 hari bekerja.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |