BOICE semua, sini MURAI nak bagitahu satu berita yang confirm buat korang senyum sampai telinga. Jung Yong Hwa, vokalis utama CNBLUE yang serba boleh tu, bakal kembali ke Malaysia untuk konsert solo pertamanya. Ya, betul tu, bukan dengan CNBLUE, tapi solo.
Konsert ni diberi nama 2025 JUNG YONG HWA LIVE ‘Director’s Cut: Our Fine Days’, dan akan berlangsung pada Ahad, 14 September 2025, pukul 7 malam di Mega Star Arena, KL. Konsert ni dibuat khas untuk sambut ulang tahun ke-10 debut solo Yong Hwa, sambil meraikan pelancaran mini album terbaru dia yang bertajuk One Last Day.
Kalau korang pernah tengok Yong Hwa atas pentas, mesti korang tahu dia punya karisma memang luar biasa. Suara dia power, cara dia berinteraksi dengan peminat pun selalu buat hati cair. Dari zaman CNBLUE dulu, sampai sekarang dia masih maintain dengan aura dia yang tersendiri.
Cerita pasal karier dia pun bukan calang-calang. Lepas naik dengan CNBLUE, dia mula solo pada 2015 dengan album One Fine Day, sambung pula dengan DO DISTURB dan YOUR CITY, sebelum hadir dengan One Last Day tahun ni. Bukan setakat di Korea, dia juga berjaya tembus pasaran Jepun dan Mandarin, siap pernah duet dengan JJ Lin dan Jam Hsiao. Memang bintang serba boleh.
Selain menyanyi, Yong Hwa juga hebat berlakon. Pernah berlakon dalam drama popular macam Brain Works dan Sell Your Haunted House, yang bawa dia menang anugerah Pelakon Cemerlang. Filem pun ada, antaranya Cook Up A Storm dengan Nicholas Tse. Siap jadi pengacara rancangan muzik di YouTube juga.
Konsert kali ni bukan sekadar persembahan biasa. Yong Hwa nak jadikan ia malam penuh kenangan sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang setia menyokong dia selama ni. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada malam istimewa ni.
Tiket akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 (Jumaat), jam 12 tengah hari di www.ticketingtix.com.
Harga tiket:
- RM888 (BOICE – Berdiri)
- RM788 (OUR – Duduk)
- RM568 (FINE – Duduk)
- RM368 (DAYS – Duduk)
Setiap kategori tiket datang dengan faedah yang berbeza. Contohnya untuk BOICE, selain zon paling dekat dengan pentas, ada peluang dapat soundcheck, poster bertandatangan, polaroid, sesi goodbye dan kad foto. Untuk kategori lain pun ada faedah masing-masing, ikut tiket yang korang beli.
Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak update terkini, jangan lupa follow Lo-Fi Entertainment di Instagram @lofi.entertainment dan Facebook mereka.
MURAI sendiri dah tak sabar nak tengok Yong Hwa live depan mata. Korang pula macam mana? Dah ready nak grab tiket? Jangan tunggu sampai habis baru nak menyesal. Kita jumpa kat sana!

3 months ago
115













![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)