Ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Ayop meluahkan rasa kesal terhadap pihak terlibat yang dikatakan telah menghasut anaknya itu untuk meninggalkan dirinya itu.
Menerusi hantaran di Instagram, Ariz Ayop yang turut memuatnaik tangkap layar salah seorang individu yang berkongsi sikap sebenar ibu pelakon jelita ini.
“Saya sedih sebab saya jadi saksi aunty dan Anna tunggu sampai jadi orang terakhir ditemubual oleh saya untuk jadi peserta Dewa Remaja.
Saya ingat lagi masa tu macam mana aunty datang dan tunggu setiap sesi habis dengan harapan untuk capaikan impian anak tersayang.”-tulis seorang individu di Instagram
“Korang Menghasut Anak Aku Tinggalkan Aku…”

Dalam pada itu, ibu Anna Jobling menyifatkan terdapat pihak terlibat yang telah menghasut Anna untuk membuang ibu serta keluarganya sendiri.
“Bila dah famous ramai je puak-puak yang timbul nak claim anak aku macam harta korang, nak claim diorang lah yang jadikan Anna famous bagai, memang psycho.
Aku benarkan korang masuk dalam kehidupan kami, korang tak bersyukur, malah jadi tamak setamaknya, sanggup korang menghasut anak aku tinggalkan aku, buang aku, buang family dia jugak.
Aku mak dia lah, bukan kawan-kawan dia. Korang tak ada mak ke? Apa hal korang ni?.
Semoga Allah bagi alasan setimpalnya, tunggulah kifarah korang.”-tulis Ibu Anna Jobling di Instagram
Terdahulu, Ariz pernah meluahkan rasa keliru selepas menerima surat peguam oleh pihak Anna selepas menitipkan doa buat hari lahir anak perempuannya yang ke-25 sebelum ini.
Malah, dia turut tidak menyangka bahawa Anna sanggup mengambil tindakan untuk memutuskan secara kekal hubungan antara mereka sebagai ibu dan anak.
Apa komen anda?

2 months ago
76







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


