Sebelum ini, isu penjurian Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menjadi perbualan hangat selepas abang kepada penyanyi Putri Dahlia, Iman Syakir, meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.
Pertikaian Kaedah Penjurian AIM24
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, beliau mempertikaikan bagaimana lagu Hal Hebat nyanyian Ernie Zakri dan Ade Govinda dipilih sebagai pemenang Lagu Paling Tinggi Distrim, sedangkan lagu Old Love nyanyian Putri Dahlia dan Yuji telah meraih lebih 360 juta strim di Spotify.
Menurutnya, angka penstriman yang jauh lebih tinggi sepatutnya memberi kelebihan kepada lagu tersebut.
Penjelasan Pihak RIM
via Berita NewsRentetan daripada itu, menurut Harian Metro, Presiden Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.
Menurutnya, pemenang kategori Lagu Paling Tinggi Distrim dipilih berdasarkan kedudukan dalam Carta Domestik RIM, iaitu carta rasmi mingguan lagu tempatan yang paling tinggi distrim di Malaysia.
Lagu Old Love, walaupun mencatat jumlah strim global yang sangat tinggi, tidak tersenarai dalam carta tersebut disebabkan isu teknikal berkaitan pendaftaran kod ISRC (International Standard Recording Code).
Lagu berkenaan didaftarkan dengan kod ISRC yang bermula dengan awalan luar negara seperti SE, TL, dan QZ, bukannya MY.
Pentingnya Pendaftaran ISRC Yang Betul
Rosmin menjelaskan bahawa kod ISRC bertindak sebagai ‘cap jari digital’ yang membolehkan sistem mengenal pasti sesebuah rakaman sebagai keluaran tempatan.
Oleh itu, hanya lagu yang mempunyai kod ISRC dengan awalan MY akan diiktiraf dalam Carta Domestik RIM.
Akibat kesilapan ini, Old Love tidak dikira sebagai lagu tempatan walaupun ia merupakan karya artis Malaysia.
RIM menyeru semua pihak dalam industri muzik termasuk label, artis bebas dan pengedar untuk memastikan semua rakaman didaftarkan dengan ISRC yang betul bagi mengelakkan isu sama berulang pada masa akan datang dan menjamin pengiktirafan yang adil kepada bakat tempatan.

2 months ago
99







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


