Penyanyi Zizi Kirana akhirnya bersuara selepas penyertaannya dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dipertikai oleh segelintir warganet. Menurut Zizi, 39, sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri, namun kali ini enggan terus membiarkan dirinya dan rakan seperjuangan diserang dengan persoalan yang tidak berkesudahan.

Dalam satu hantaran di Instagram, Zizi meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang bukan sahaja mempertikai kehadiran artis dalam misi kemanusiaan, malah turut mempersoalkan hukum wanita terbabit menyertai misi tersebut. Baginya, isu itu sepatutnya tidak timbul lagi kerana pihak berautoriti agama sudah pun memberikan penjelasan.
“Sedikit kecewa dengan pemikiran orang yang masih mempertikai mengapa artis ikut misi, malah ada yang mempertikai hukum wanita menyertai misi ini, sedangkan mufti sudah memberi jawapan. Lebih baik kita fokus kepada misi membantu Gaza,” tulisnya.
Zizi dalam masa sama tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa agar perjuangan kemanusiaannya dipermudahkan.

Hantaran Zizi turut mendapat sokongan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri, yang tampil membela artis yang terbabit dalam misi itu. Ahmad Musa menegaskan penyertaan artis bukan kerana glamor, sebaliknya mereka membiayai sendiri kos perjalanan selain meninggalkan keselesaan hidup di tanah air demi sebuah perjuangan.

“Artis membiayai sendiri kos untuk ke misi ini. Malah mereka meninggalkan segalanya di Malaysia termasuk keluarga dan kerjaya. Bayangkan orang seperti Zizi dan Ardell Aryana. Mereka boleh saja memilih untuk kekal dengan kehidupan selesa, tetapi sanggup berkorban demi bertugas. Kami hanya menyokong mereka,” katanya.
Perdebatan mengenai penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan mula tercetus selepas ada warganet berpendapat tindakan itu seolah-olah mengabaikan pasangan dan anak yang ditinggalkan. Namun, sokongan besar juga diberikan kepada Zizi dan Ardell kerana keberanian mereka menggalas misi yang dianggap penuh risiko.
Pada 31 Ogos lalu, Zizi bersama Ardell Aryana menyertai misi GSF berlayar melalui Laut Mediterranean bersama puluhan kapal dari 44 negara, mewakili Malaysia dalam usaha membawa bantuan kemanusiaan buat rakyat Gaza.

1 month ago
63










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)