Selepas hampir dua dekad menanti, impian peminat My Chemical Romance (MCR) di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila kumpulan rock ikonik dari New Jersey itu mengesahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Asia Tenggara mereka. Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman Instagram MCR yang mendedahkan mereka bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026 dalam sebuah persembahan mega yang dijangka mengubat rindu peminat setia band tersebut.
Meskipun maklumat lanjut seperti harga dan tarikh jualan tiket masih belum didedahkan, pengumuman ini sahaja sudah cukup mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat tempatan. Ini merupakan kemunculan semula MCR di Malaysia selepas kali terakhir mereka membuat persembahan pada 9 Disember 2007 menerusi The Black Parade Tour yang berlangsung di Stadium Merdeka dan berjaya menarik lebih 10,000 penonton. Nostalgia terhadap lagu-lagu malar segar seperti Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay masih utuh dalam kalangan peminat, sekali gus menjadikan konsert yang bakal berlangsung ini sebagai antara acara muzik paling dinanti-nantikan tahun depan.
MCR yang ditubuhkan pada 2001 oleh vokalis Gerard Way, turut dianggotai oleh Ray Toro, Frank Iero dan Mikey Way. Mereka dikenali sebagai salah satu band paling berpengaruh dalam era emo rock dan alternatif dengan karya-karya yang bukan sahaja sarat emosi, malah memberi impak besar terhadap budaya muzik remaja global pada era 2000-an.
Selain Malaysia, kumpulan ini turut mengumumkan destinasi lain seperti Korea Selatan, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia sebagai sebahagian daripada konsert jelajah mereka. Tanda-tanda awal kehadiran MCR ke Malaysia sebenarnya sudah mula dihidu peminat sejak akhir bulan lalu apabila tular paparan misteri di sebuah papan iklan digital di ibu kota yang memaparkan mesej ringkas, “Malaysia, are you okay?” Mesej itu yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menjadi teka-teki hangat dalam kalangan peminat, namun kini teka-teki tersebut akhirnya terjawab.
Dengan konfirmasi ini, ribuan peminat dijangka membanjiri Bukit Jalil tahun depan untuk menyaksikan sendiri kebangkitan semula sebuah kumpulan yang pernah menjadi suara generasi. Malaysia kini secara rasmi berada dalam radar dunia hiburan antarabangsa sekali lagi, dan nama MCR bakal kembali berkumandang dengan lebih lantang dari sebelumnya.

3 months ago
72













![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)
















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] “Kalau Tak Selesa Kenapa Pakai Juga” – Penampilan Berani Khushi Mukherjee Undang Kecaman Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Copy-of-Untitled-756-x-1134-px-30-x-20-cm.png)