Penyanyi terkenal, Naim Daniel tampil di Mahkamah Sesyen hari ini bagi mengikuti prosiding sebutan semula kes pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Kehadirannya menarik perhatian apabila penampilannya tampak lebih susut berbanding sebelum ini. Namun, Naim atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, menegaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik dan masih fokus meneruskan kerjaya seni meskipun sedang berdepan cabaran peribadi yang besar.

“Alhamdulillah, saya baik. Saya sibuk dengan muzik semula dan sedang menulis juga. Selain itu, saya hanya betul-betul fokus kepada diri saya dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah.
Walaupun enggan mengulas panjang mengenai kes yang sedang berjalan, Naim menegaskan bahawa dirinya tetap meneruskan kerja seperti biasa. Katanya, sebagai penyanyi dan pemuzik, tanggungjawab terhadap kerjaya tetap perlu diteruskan tanpa mengira apa jua keadaan.

“Alhamdulillah, dengan adanya kes ini atau tidak, saya tetap lakukan sebab sudah jadi kerja saya. Saya akan buat kerja seperti biasa juga. Harap semua orang dapat sama-sama bersabar untuk perkembangan seterusnya, Insya-Allah. Itu sahaja daripada saya… Terima kasih,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen menetapkan 19 September depan sebagai tarikh pengurusan kes berhubung pertuduhan yang dihadapi Naim. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakilinya, Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah sekitar jam 9.25 pagi. Kes tersebut kini sedang menunggu proses lanjut sebelum perbicaraan penuh dijalankan.

Naim yang sebelum ini dikenali sebagai seorang penyanyi berbakat besar, komposer serta pelakon, sekali lagi menjadi perhatian umum apabila terpalit dengan pertuduhan serius ini.
Meskipun berdepan kes mahkamah, dia dilihat tenang dan cuba mengekalkan fokus terhadap bidang seni yang telah membina namanya. Kehadirannya di mahkamah juga memperlihatkan sikap profesional apabila masih memberi ruang untuk menjawab pertanyaan media walaupun dengan jawapan ringkas.

2 months ago
57











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)














![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

