Pendakwah bebas, PU Hariz mendedahkan bahawa isterinya, Neelofa tidak pernah menyesal atau berpatah balik meskipun berdepan kehilangan kontrak pekerjaan bernilai jutaan ringgit sebaik sahaja memilih untuk berniqab. Menurut Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, keputusan itu pernah mengejutkan apabila sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Perancis yang menjual produk penjagaan wajah membatalkan kontrak bersama Neelofa kerana merasakan penampilan berniqab tidak sesuai dengan imej jenama mereka.

Namun, ujarnya, apa yang berlaku selepas itu seolah-olah membuktikan bahawa rezeki tidak pernah salah alamat. Selepas beberapa tahun, syarikat sama kembali semula dengan menawarkan bayaran berkali ganda lebih tinggi berbanding kontrak terdahulu, malah merayu agar Neelofa bersetuju menjadi duta mereka. “Kalau saya, projek berjuta macam itu tentu saya cuba minta sambung semula. Tetapi Neelofa tidak. Dia tetap dengan keputusan dan istiqamah. Alhamdulillah, akhirnya syarikat itu pula datang meminta semula,” katanya dalam sebuah video tular yang dipercayai dirakam ketika majlis ilmu di Tawau, Sabah.

Perkongsian PU Hariz itu mengimbau kembali momen sekitar tahun 2020 ketika Neelofa mula mengenakan niqab. Penampilannya yang tampil bergaya meskipun berniqab akhirnya menjadi ikutan ramai wanita muslimah sehingga membuktikan bahawa menutup aurat sepenuhnya bukan penghalang untuk terus berpengaruh dalam dunia fesyen dan perniagaan.
Kisah itu turut menjadi inspirasi buat ramai pengikut yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat. Ramai meluahkan rasa sebak melihat keteguhan Neelofa dalam penghijrahannya. “Tinggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah gantikan dengan beribu kebaikan,” tulis seorang netizen. Ada juga yang berharap agar kisah tersebut menjadi kekuatan buat wanita lain untuk lebih yakin menutup aurat dengan sempurna.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, mula berniqab setahun sebelum mendirikan rumah tangga bersama PU Hariz pada Mac 2021. Kini, selebriti itu yang juga ibu kepada dua anak terus kekal istiqamah dengan pilihannya meskipun pernah diuji dengan kehilangan peluang besar di awal penghijrahannya.

1 month ago
60










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
