OPPO Malaysia telah melancarkan Siri Reno 14 yang dinanti-nantikan di OOO Music Festival yang berlangsung dengan meriah di Heritage Valley, Kuala Lumpur pada malam tadi. Dianjurkan dengan kolaborasi bersama Warner Music Malaysia, festival muzik ini berjaya menarik ribuan pengunjung, peminat muzik dan peminat teknologi.
Dilancarkan dengan berlatarbelakangkan persembahan memukai daripada beberapa artis terkenal Malaysia, siri OPPO Reno 14 kini tersedia untuk pembelian dalam tiga varian, yang mana semuanya menawarkan reka bentuk berkilauan yang menawan dan inovasi hebat yang menetapkan standard baharu dalam kelasnya.
Reno 14 Pro, berharga RM2,999, dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 8450 yang canggih, menawarkan pengalaman pengguna yang lancar, jangka hayat bateri yang panjang, dan ciri-ciri Kamera AI termaju seperti AI Flash yang hebat dalam menangkap gambar yang jelas dan vibrant walaupun dalam keadaan low-light atau persekitaran bergerak pantas.
Menyokong varian utama ialah Reno 14 dan Reno 14 F. Berharga dari RM2,199 dan RM1,599, varian ini terus menghadirkan pengalaman Reno yang khas pada harga yang lebih berpatutan, memastikan pengalaman pengguna yang pintar dan lancar, sesi gaming yang tidak terganggu, serta kreativiti dan produktiviti pada tahap unggul untuk semua.

Sepanjang acara, para pengunjung festival dapat merasakan kemampuan pengimejan malam Reno 14, menggunakan zon pengalaman interaktif OPPO untuk menangkap dan menyimpan momen bersama keluarga dan rakan.
Dengan persembahan bertenaga dan meriah daripada selebriti Malaysia termasuklah MASDO, Steady Gang, Priscilla Abby dan ImanTroye, para hadirin terus menikmati suasana malam dengan pop-up store artis tempatan dan food truck.
Sertai Reno 14 Roadshow Di Pavilion Kuala Lumpur
OPPO meneruskan sambutan unik terhadap muzik, budaya dan inovasi dengan Reno 14 Series Roadshow, yang berlangsung dari 2 hingga 6 Julai di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur.
Pengunjung dapat merasai sendiri Siri Reno 14 dan menantikan penampilan khas serta persembahan akustik pada Sabtu, 5 Julai oleh artis dan selebriti terkenal seperti Lin Min-Chen, Phei Yong, FUGO, Bunga, dan Empty Page. Malah, para pengunjung menerima hadiah percuma eksklusif dan menikmati promosi menarik sepanjang roadshow ini.

Jangan lepaskan peluang!

3 months ago
79









![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)
















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
