Selepas setahun hiatus, kumpulan K-Pop BLACKPINK telah mengadakan semula konsert mereka, yang diberi nama ‘DEADLINE’, di Stadium Goyang, Korea Selatan.
Bagaimanapun konsert yang diadakan selama dua malam itu sepatutnya menjadi aksi pembukaan konsert jelajah yang gilang-gemilang, sebaliknya mencetuskan kontroversi.
Untuk pengetahuan kamu, seorang peminat telah memuat naik kenyataan di platform X, mengatakan pemandangannya ketika konsert BLACKPINK telah terhalang.
Peminat yang memegang akaun X, @happyshuac, memuat naik beberapa gambar pemandangan dari tempat duduknya (bahagian N3, baris ke-3) menyatakan bahawa “pemandangan pentas terhalang oleh peralatan”.
Foto – @happyshuac (X)“Konsert BLACKPINK. Review Kompleks Sukan Goyang N3 Baris 3. Tidak banyak ulasan, cuma tidak dapat melihat apa-apa. Mereka berkata pandangan mungkin terhalang oleh struktur. Tiada pemandangan langsung, dan sepertinya mereka tidak menyatakan tempat duduk ini sebagai tiket tontonan terhad; mereka menjualnya melalui tempahan biasa, yang benar-benar menjengkelkan. Bunga api? Drone? Semuanya dihalang, hanya sedikit langit yang nampak atau tiada langsung.”
Foto – @happyshuac (X)Tiket di bahagian N3 yang berharga 132,000 won (kira-kira RM408.52) itu tidak dinyatakan secara jelas bahawa pandangan itu akan dihalang sepenuhnya untuk keseluruhan konsert dua jam itu.
Menjengah ke ruangan komen di kongsian @happyshuac, ramai peminat yang hadir ke konsert itu turut meluahkan kekecewaan mereka terhadap YG Entertainment.
“Saya melihatnya di N11 hari ini, dan sebaik sahaja saya masuk, saya melihat skrin di belakang dan tertanya-tanya mengapa mereka melakukannya dengan teruk”, luah @db55eo.
”Di manakah saya boleh melaporkan perkara ini? Saya sangat kecewa semalam sehingga saya tidak dapat menumpukan perhatian pada persembahan. Saya teruja untuk mendapat tempat duduk baris kedua, tetapi ia bukan hanya pandangan yang terhalang, ia seperti tiada pemandangan langsung”, luah @2me_thatscinema.
Sebagai respons kepada aduan dan kritikan peminat, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf. Mereka menjelaskan bahawa skrin LED yang dipasang adalah untuk menayangkan pandangan pentas kerana konsol besar di hadapan kawasan N3 telah menghalang pandangan.
YG juga menyatakan bahawa mereka sedang menyediakan “langkah tambahan” untuk menangani masalah peminat di kawasan itu.

3 months ago
107










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)