MURAI mahu kongsi berita baik buat peminat maestro qawwali tersohor dunia Ustad Rahat Fateh Ali Khan, akan kembali ke Malaysia pada 1 November 2025 di Idea Live Arena, 3 Damansara. Lebih istimewa, buat pertama kali beliau akan berganding suara dengan anaknya, Shahzaman Ali Khan, menjadikan malam itu antara detik paling bersejarah untuk peminat muzik Sufi dan Bollywood!
Tapi MURAI tahu, mungkin ada yang tertanya-tanya, “Siapa sebenarnya Rahat Fateh Ali Khan ni?” Untuk pengetahuan, beliau ialah anak saudara kepada legenda qawwali dunia, Ustad Nusrat Fateh Ali Khan. Dengan karier lebih 30 tahun, Rahat bukan sekadar penyanyi qawwali, malah beliau juga terkenal sebagai penyanyi playback filem Bollywood. Ingat tak lagu O Re Piya (Aaja Nachle), Teri Meri (Bodyguard), Mann Ki Lagan (Paap), Afreen Afreen (Coke Studio) dan Dil To Bachcha Hai Ji (Ishqiya)? haaa, semuanya suara beliau!

April lalu, Rahat buat konsert di Singapura, habis sold out dengan lebih 5,000 orang terpukau sepanjang tiga jam persembahan. Dari qawwali klasik, ghazal penuh jiwa hingga lagu Bollywood, beliau buktikan mengapa namanya terus jadi legenda. Kali ini, peminat Malaysia pula berpeluang merasai kehebatan itu dengan bonus suara anaknya, Shahzaman yang bakal meneruskan legasi keluarga Khan.
Untuk yang nak tiket, Mastercard sudah buka peluang Presale eksklusif bermula 2 September jam 11 pagi di priceless.com dengan pelbagai kelebihan termasuk peluang meet & greet untuk pembeli terpantas! Tiket umum pula mula dijual 4 September jam 12 tengah hari di www.hitmanlive.com, dengan harga dari RM199 hingga RM799.

Mark the date, sebab malam itu bukan sekadar konsert, tapi pengalaman muzik lintas generasi, ayah dan anak, satu pentas, satu jiwa!

1 month ago
72










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)