Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat dinantikan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2026, bertempat di lokasi konsert ikonik, Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam.
Dianjurkan bersama oleh Sembang Kari Entertainment dan MHT Live My, dengan Juni Concert sebagai rakan penganjur, konsert ini bakal menyaksikan Raisa membawakan naratif seni yang lebih peribadi menerusi tema “Ambivert”. Tema ini mencerminkan sisi personaliti beliau yang unik, menggabungkan elemen dinamik dan emosi dalam satu persembahan yang penuh bertenaga.

Menurut pihak penganjur Sembang Kari Entertainment, En Mohd Fuad Simim menyifatkan konsert Raisa yang bakal berlangsung pada 13 Februari ini adalah satu penghormatan kerana beliau yang mempunyai hubungan emosi yang kuat bersama peminat di sini.
“Bagi kami di Sembang Kari Entertainment, membawa semula Raisa ke Kuala Lumpur adalah satu penghormatan kerana beliau mempunyai hubungan emosi yang sangat kuat dengan peminat di sini.
Menerusi konsep ‘Ambivert’ ini, kami ingin memberi ruang kepada peminat untuk melihat sisi Raisa yang lebih jujur—di mana ada ketikanya suasana menjadi sangat dekat dan ‘healing’, manakala ada ketikanya pula penuh dengan keriangan pop yang dinamik.
Kami mahu setiap penonton pulang dengan rasa puas setelah melalui sebuah kembara perasaan yang diceritakan menerusi vokal hebat beliau.”-kata pihak penganjur
Tidak Sabar Untuk Beraksi Bersama Peminat Di Malaysia

Dalam pada itu Raisa turut meluahkan rasa tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat di Malaysia dan telah menyediakan susunan muzik yang istimewa pada malam konsert kelak.
“Kuala Lumpur sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya kerana sokongan peminat di sini yang luar biasa dan sentiasa memberikan tenaga yang positif. Menerusi ‘Ambivert Tour’,
saya ingin membawa penonton menyelami dua sisi berbeza dalam diri saya ada masanya yang sangat intim dan tenang, dan ada masanya yang penuh dengan keriangan.
Saya telah menyediakan susunan muzik yang istimewa untuk malam itu dan tidak sabar untuk mencipta kenangan baharu bersama anda semua.”-kata Raisa

Harga tiket bagi konsert ini bermula RM239/ RM269/ RM499/ RM599/ RM999. Kesemua tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi konsert di RAISAMBIVERT.COM.

4 hours ago
4







![[GAMBAR] Apa Yang Berubah di Bangunan Sultan Abdul Samad? Ini 4 Perkara Selepas Kerja Renovasi Selesai](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-04-at-12.17.26-PM.webp)









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)










