Sepatutnya tumpuan warganet terarah kepada kes mahkamah membabitkan Tan Sri Abu Sahid Mohamed, namun lain pula jadinya. Di sebalik seriusnya pertuduhan pecah amanah RM313 juta dan pengubahan wang haram RM139 juta yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kerusi roda yang digunakan oleh Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd itu pula yang jadi buah mulut.
Abu Sahid hadir dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan, dan dibenarkan berada di luar kandang tertuduh ketika prosiding berlangsung. Tapi apa yang mencuri perhatian, kerusi roda tersebut bukan calang-calang. Hasil “CSI” netizen, model itu dikenal pasti sebagai iELDER M4 Power Wheel Chair XSTOc dengan harga mencecah sekitar RM16 ribu.

Untuk pengetahuan, kerusi roda ini merupakan model berkuasa bateri lithium-ion yang boleh dilipat, ringan, serta dilengkapi sistem kawalan joystick untuk memudahkan pergerakan. Malah, ia direka dengan kusyen empuk, tayar tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan dalam serta luar bangunan. Tak hairanlah ramai netizen kata kerusi ini nampak lebih “luxury” dan futuristik daripada kerusi roda biasa.
Menurut Harian Metro, Maju Holdings sendiri bukan nama asing, kerana mereka merupakan pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya – KLIA (MEX). Kesemua pertuduhan pecah amanah dikatakan berlaku di CIMB Bank Berhad, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Menariknya, netizen bukan sahaja buat siasatan harga kerusi roda tu, tapi siap tinggalkan komen lawak di media sosial:

“Haha… macam Tony Stark dia meluncur cai..”
“Mcm ni punya design… orang x OKU pun berkenan nak try naik. Mesti best.”
Walaupun kes melibatkan angka ratusan juta ringgit ini masih menjadi tumpuan besar, nyata kerusi roda mewah yang diduduki Abu Sahid sempat mencuri “spotlight” seketika di kalangan netizen.

3 months ago
137







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


