Rizalman Sentuh Soal Mahram Terhadap Aktivis GSF, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

3 days ago 16

Pereka terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas menyentuh soal mahram apabila aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan tentera ‘Israhell’, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Rizalman dilihat memuatnaik tangkap layar DM (Direct Message) yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya yang memaklumkan mengenai beberapa aktivis yang juga selebriti iaitu Zizi Kirana dan PU Rahmat yang ditahan oleh Rejim Zionis ketika dalam perjalanan ke Gaza.

“Tok, Zizi Kirana dan PU Rahmat dah kena tangkap. Saya sedih.”-Tulis seorang individu di DM

“Apa Aku Kata Tentang Mahram?…”

Tidak berdiam diri, Rizalman dilihat membalas mesej tersebut dengan mempersoalkan mengenai mahram. Malah, pereka terkenal ini turut berkongsi nasihat mengenai keperluan wanita yang ditemani mahram dalam apa jua keadaan.

“Apa aku kata tentang mahram?.

Mana-mana perempuan pun kalau ditemani oleh mahramnya, dia tak akan berani buat benda tak elok, sebab mahramnya (bapa/ adik/ suami) akan menasihati sebelum terjadi yang tidak diingini,

hatta ambik ubat kat klinik kesihatan sekalipun kerana bisikan Qarin itu sentiasa ada bersama kita walaupun perjalanan  ke tempat tujuan itu aman. Paham ke tak?.”-tulis Rizalman lagi

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Kenyataan Datuk Rizalman Ibrahim mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan pereka terkenal ini yang disifatkan ‘merentan’ mahu memberikan kenyataan di saat genting para sukarelawan dan aktivis Malaysia yang ditahan tentera Zionis itu.

“Semua orang aware pasal mahram semua tu tapi orang marah sebab waktu yang orang tengah risau, waktu genting macam ni sibuk nak huraikan segala bagai. Tak boleh tunggu semua dah reda ke? Even ustaz-ustaz pun mendoakan keselamatan. Yang Rizalman ni macam menyalahkan semua benda ni terjadi sebab mahram semua? Ya Allah.”

“Dia dari dulu gitu kuat merentan. Memang ada orang selalu perasaan bagus. Sebab tu aku unfollow dia.”

“Pendapat dia tak diperlukan pun. Abaikan je orang yang duduk goyang kaki tau kritik. Dah la lelaki takde semangat jihad yang perempuan-perempuan tu semua buat. Werk malu kamu.”

Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia semalam, seramai 12 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

Mereka termasuklah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu), penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga), Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma), serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |