Sajat Kongsi Momen Buat Pembedahan Hidung, Undang Teguran Netizen!

5 hours ago 5

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya.

Bakal Bersinar Seperti Barbie Doll

Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa mereka yang mahu menjadi cantik harus melalui rasa sakit kerana hasil sebenar lama kelamaan akan terserlah.

“Betul, sakit tetap sakit. Tapi kadang-kadang, untuk jadi cantik kita kena lalui rasa sakit itu.

Mula-mula mungkin wajah nampak berbeza, macam bukan diri sendiri. Tapi bila masa berlalu, dengan kesabaran dan keyakinan, hasil sebenar akan perlahan terserlah.

Kecantikan perlukan keberanian. Perubahan perlukan kesabaran. Dan tahun ni, saya yakin hasilnya akan buat saya bersinar macam Barbie Doll. Tunggu dan lihat.”-kongsi Sajat di Instagram

“Nak Lawa Macam Mana Lagi…”

Menjengah ruangan komen, tindakan Sajat yang melakukan pembedahan hidung itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang turut mempersoalkan mengapa Sajat sanggup membuat pembedahan pada wajahnya sedangkan dirinya sudah terlalu cantik.

“Nak lawa macam mana lagi sayang, awak je dah buat semua orang terpelanting tertinggal jauhh.”-Kak KM

“Buat ni dijamin cantik sampai kiamat ke? Ke mati nanti dalam kubur tetap cantik.”

“Sebelum ni nampak dah cantik dah Sajat, perfect. Belum cukup cantik ke Sajat.”

“Ingatkan mahu jadi hensem, rupa-rupanya mahu jadi cantik. Ingatkan dah insaf rupa-rupanya masih ke arah itu. Semoga kamu diberi hidayah Allah.”

“Cantik tak kan kekal sampai tua.”

“Nak lawa macam mana lagi, dah lawa dah Sajat, lebih suka tengok muka Sajat yang original, buat operation untuk cantik takut jadi macam Lucinta Luna, lain muka dia.”

Haknya Sebagai Manusia

Jelas Sajat, apa yang dilakukannya itu adalah haknya sebagai manusia untuk melakukan apa sahaja yang membuatnya bahagia selain menyifatkan kecantikan itu adalah mengenai menyayangi diri sendiri setiap kali berada di hadapan cermin setiap hari.

“Bagi saya, kecantikan itu bukan mengenai bersaing dengan orang lain, ia mengenai menyayangi diri sendiri di hadapan cermin setiap hari.

Pembedahan atau tidak, ini hak saya sebagai manusia untuk memilih apa yang membuat saya bahagia. Saya kenal diri saya, saya tahu apa saya mahukan, dan saya tahu had saya.”-komen Sajat lagi

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |