Nama Salman Khan dalam industri Bollywood tidak lagi asing. Sejak awal kerjayanya, Salman telah mencuri perhatian ramai dengan kebolehan dan juga bakat luar biasanya sebagai seorang pelakon.
Di sebalik kejayaannya sebagai seorang pelakon Bollywood popular, adakah kamu tahu Salman sebenarnya telah menganuti dua agama berbeza dalam satu masa?
Tak dinafikan apabila hidup dalam keluarga yang berbeza kepercayaan, Salman juga secara tidak langsung menganuti dua agama. Untuk pengetahuan kamu, bapa Salman, iaitu Salim Khan menganuti agama Islam. Manakala ibunya, Sushila Charak menganuti agama Hindu.
“Saya Hindu dan Islam, kedua-duanya. Saya Bhartiya (parti politik nasionalis di India). Saya seorang India. Bapa saya Islam dan ibu saya Hindu.”
Pengakuan terbuka Salman memeluk dua agama berbeza itu telah menuai pelbagai kritikan kerana mereka menganggap pelakon Bollywood ini telah menduakan Tuhan.
Di India, kebiasaannya anak-anak akan mengikut kepercayaan bapa. Tetapi ada segelintirnya menolak dan mengikut kepercayaan ibu.
@b0llyw00ddPernah Viral #fypシ #fyp #prindapan #SultanMakanSoNice #bollywood #GenshinImpact34 #khan #bollywoodproject #viral #srk #salmankhan #salman #muslim
♬ Mohabbatein instrumental _ vheeafifah – Vi Afifah✨
Terdahulu Salman pernah mendapat pujian orang ramai apabila dia memberhentikan emcee dalam sebuah majlis dan meminta individu tersebut untuk meneruskan program selepas laungan azan selesai. Aksinya itu secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi berbeza, yang rata-ratanya positif terhadap pelakon Bollywood ini.
Info menarik untuk peminat, nama sebenar Salman Khan adalah Abdul Rashid Salim Salman Khan. Dia telah dilahirkan pada 27 Disember 1965. Salman gagal menamatkan pengajiannya di Kolej Elphinstone dan berhenti pada tahun keduanya kerana terlalu sibuk dengan lakonan sehingga tiada masa untuk belajar.
Salman juga pernah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada tahun 1998 selepas ditangkap membunuh seekor antelop yang jarang ditemui. Dia dibebaskan dengan ikat jamin selepas dua hari.