Lima tahun menyandang status duda ternyata tidak membuatkan pelakon versatil, Sharnaaz Ahmad, 40, terburu-buru mencari pengganti dalam hidupnya. Sebaliknya, bapa kepada seorang cahaya mata itu tenang menyerahkan segala urusan jodoh kepada ketentuan Allah, dengan keyakinan setiap perkara akan hadir pada waktu yang paling tepat.

Mengakui dirinya masih dikurniakan rezeki dalam pelbagai aspek, termasuk kesihatan yang baik dan kerjaya seni yang tidak pernah surut, Sharnaaz melihat fasa kehidupannya kini sebagai satu rahmat. Katanya, jika Allah sudah menetapkan jodoh untuknya, ia pasti akan datang tanpa perlu dikejar.
“Kalau ada jodoh, saya tiada masalah untuk bernikah. Tapi buat masa ini, Tuhan berikan macam-macam nikmat lain. Kalau Dia mahu beri saya jodoh, pasti Dia akan temukan, cuma sekarang belum masanya,” ujarnya ketika ditemui pada malam gala dan sidang media filem terbarunya, Magik Rompak, di GSC IOI City Mall.
Jelas pelakon kelahiran Pulau Pinang itu lagi, beliau tidak mencari pasangan yang serba sempurna. Sebaliknya, lebih percaya pada ketulusan sebuah pertemuan yang hadir dengan keikhlasan. Malah, walaupun ada wanita yang cuba mendekatinya, Sharnaaz lebih selesa berkawan tanpa melangkah ke arah hubungan serius.

“Memang ada yang mendekati, ada juga yang saya cuba dekati. Tapi saya lebih selesa berkawan. Kalau bercakap soal hubungan serius, setakat ini memang tiada. Kalau ada, saya akan beritahu,” katanya.
Namun, hidup solo tidak menafikan wujudnya rasa kosong, terutama ketika saat tertentu seperti ketika sakit, menyambut Hari Raya atau ketika berbuka puasa. Meski begitu, Sharnaaz mengakui dirinya tetap gembira dan bersyukur dengan perjalanan hidup kini.
Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila, kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa pada 31 Mac 2017, namun mereka berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lapan tahun.

Di sisi kerjaya, Sharnaaz kembali dengan naskhah aksi Magik Rompak yang bakal ditayangkan bermula esok. Dalam filem arahan Adrian Teh ini, dia melakonkan watak Hadi, seorang ahli silap mata yang terjerat dalam misi mencuri rantai permata legenda bernilai jutaan ringgit daripada seorang usahawan korup. Filem yang menggabungkan aksi, ilusi dan silap mata itu turut menampilkan gandingan pelakon ternama termasuk Zul Ariffin, Amelia Henderson, Nadhir Nasar dan Miller Khan.

1 month ago
44










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
