Shiha Zikir Bidas Komen Netizen Gelarnya ‘Bengap’ Selepas Kongsi Foto Bertudung Ke Kelas Mengaji

3 hours ago 5

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir tampil membidas komen netizen yang melemparkan komen negatif terhadapnya di media sosial, baru-baru ini.

Kongsi Momen Sertai Kelas Mengaji

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir menerusi hantaran di Thread, dilihat berkongsi beberapa foto yang memaparkan dia yang sopan bertudung dan mengenakan jubah hitam itu sedang mengikuti kelas mengaji yang turut disertai para pekerjanya.

“Ilmu tidak mengenal usia. Jangan pernah berhenti belajar.”-kongsi Shiha di Thread

“Boleh Tahan Bengap Hang Ni..”

Di sebalik ramai yang memuji usaha murni penyanyi ini ke arah kebaikan, salah seorang netizen ini meninggalkan komen negatif dengan menggelar Shiha sebagai ‘bengap’ kerana ‘profile picture’ penyanyi ini masih berada dalam keadaan tidak menutup aurat, namun memuatnaik foto yang menutup aurat.

“Boleh tahan bengap hang ni. Yang DP tak tutup aurat. Yang photo tutup aurat pulak.”-komen salah seorang netizen

Shiha Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Shiha kemudian membalas komen netizen terlibat dengan mempersoalkan adabnya yang telah menghina orang lain.

“Sebengap-bengap saya , bengap lagi awak yang dok menghina orang lain.

Adakah ini adab yang sepatutnya? Confirm bagus ke perangai macam awak ni? Apa-apapun Alhamdulillah.”-balas Shiha

Sekadar info, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir ini telah memenangi beberapa anugerah dan pertandingan, termasuklah sebagai peserta utama Anugerah MeleTOP (AME2021) dan juara Famili Duo 4 bersama kakaknya, Ieda.

Selain itu, Shiha juga memenangi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagi ke-37 (AJL37) menerusi lagu Irama, dan Pop Asia Terbaik di InterContinental Music Awards (ICMA) 2021 untuk lagu Aewo.

Siapa kita sebagai manusia mahu menilai luaran sesorang manusia? Kita doakan yang terbaik sahaja agar mereka kekal istiqomah melakukan kebaikan.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |