Abhishek Bachchan ialah satu-satunya anak lelaki pelakon veteran Bollywood popular iaitu Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan. Menjadikan bapa sebagai idola, Abhishek telah mengikuti jejak langkah Amitabh dalam dunia hiburan dan menjadi pelakon yang terkenal di India.
Namun siapa sangka di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelakon, Abhishek mempunyai sisi gelap yang ramai orang tidak tahu. Nak tahu apakah sisi gelap Abhishek Bachchan? MURAI bongkarkan di bawah;
1. Terlibat dalam isu curang
Sama seperti beberapa selebriti lain, Abhishek juga tidak terlepas daripada khabar angin curang. Berdasarkan beberapa sumber, Abhishek telah menjalinkan hubungan dengan model-pelakon Dipannita Sharma.
Hubungan mereka berlangsung selama 10 bulan sebelum putus ketika Aishwarya Rai mengandung. Sehingga ke hari ini, Abhishek enggan mengulas mengenai perkara itu.
2. Sesetengah rakan selebriti tidak dijemput ke majlis perkahwinannya
Pada April 2007, Abhishek dan Aishwarya telah mengadakan majlis perkahwinan mewah. Bagaimanapun, Abhishek dikatakan sangat memilih tetamunya dan sesetengah rakan selebriti seperti Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra dan Hrithik Roshan tidak dijemput.
3. Hampir membuatkan seorang wanita bunuh diri
Insiden yang tidak boleh dilupakan ketika majlis perkahwinan Abhishek dan Aishwarya berlangsung adalah seorang wanita tampil mengaku sebagai isteri pelakon itu.
Foto – Bollywood Shaadis / DNA IndiaWanita bernama Janhvi Kapoor itu adalah seorang model dan mengaku telah menjalinkan hubungan dengan Abhishek selama setahun selepas bertemu di set penggambaran ‘Dus Bahane‘. Akibatnya, Jahnvi telah bertindak mengelar pergelangan tangannya dan dikejarkan ke hospital.
4. Cemburu dengan kemasyhuran bapa & isteri
Abhishek didakwa cemburu dengan kemasyhuran bapa dan juga isterinya. Rasa cemburu itu timbul apabila dia dirujuk sebagai anak Amitabh Bachchan atau suami Aishwarya Rai dan bukannya dirinya sebenar. Situasi ini membuatkan Abhishek menjadi sangat insecure dan kurang senang.
Untuk rekod, Abhishek bukan sahaja pelakon tetapi juga penerbit filem dan pemain vokal latar. Pelakon ini juga mempunyai minat dalam sukan dan merupakan pemilik bersama pasukan bola sepak Chennaiyin FC.

2 months ago
99







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


