Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih berputar di kepala, tapi bayangan konsert pun boleh muncul di tempat yang tak disangka-sangka, siap atas kren pula tu!
Baru-baru ini, seorang peminat berkongsi satu posting melucukan apabila terlihat seorang pekerja menaiki kren tinggi untuk mengecat rumah. Entah macam mana, dalam sekelip mata, visual itu terus mengingatkan peminat tersebut kepada pembukaan ikonik Konsert Legacy30, di mana TokTi pernah membuat persembahan di atas kren.

Tak tahan dengan “anganan” sendiri, peminat itu pun menulis:
“Sekali tengok tadi ingat @ctdk tengah nyanyi.”
Dan seperti biasa, TokTi memang sporting tahap legend. Tanpa berlengah, penyanyi kesayangan ramai itu membalas dengan ayat yang buat netizen terus ketawa:
“Hahahah.. Dah melampau angau konsert Legacy30 tuh!! Abang bagi spray muka dia sket biar tersedar dari lamunan tuh!!”

Balasan ringkas tapi padu itu terus mencuri perhatian, bukti TokTi bukan sahaja diva bersuara emas, tapi ratu humor halus yang sentiasa dekat di hati peminat.
Sedikit throwback, Konsert Legacy30 sememangnya meninggalkan kesan luar biasa. Persembahan berskala mega, susunan lagu penuh emosi, dan momen pembukaan di atas kren itu sendiri sudah cukup untuk buat ramai tak boleh move on sampai hari ini. Sampai nampak orang cat rumah pun boleh “ternampak” TokTi tengah menyanyi!
@hmetromyBiduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan mempersembahkan lagu Purnama Merindu dari atas kren pada Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love.
♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro
Kesimpulannya, ini bukan halusinasi, ini kesan sampingan angau konsert TokTi. Dan nampaknya, Legacy30 bukan sekadar konsert, tapi memori kolektif yang masih hidup… walaupun di tapak servis aircond.

2 hours ago
4







![[GAMBAR] Apa Yang Berubah di Bangunan Sultan Abdul Samad? Ini 4 Perkara Selepas Kerja Renovasi Selesai](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-04-at-12.17.26-PM.webp)









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)










![[VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_1532.jpeg)