Pelakon Sophia Albarakbah mengakui masih berdepan trauma untuk membuka sebarang mesej peribadi di Instagram selepas pengalaman hitam dibuli secara siber dan diganggu secara seksual. Menurut Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, insiden itu meninggalkan kesan mendalam hingga membuatkan dirinya takut untuk mengetahui isi setiap mesej yang diterima. Justeru, dia mengambil pendekatan menyerahkan semua mesej mencurigakan kepada peguam untuk diteliti dan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“Apabila bercakap soal ini, sejujurnya selepas semua ini berlaku, saya terlalu trauma untuk buka DM (Direct Message) dalam Instagram. Sama ada mesej baik atau tidak, apa sahaja mesej mencurigakan saya serahkan kepada peguam untuk diperiksa. Senang biar pihak berkuasa terus yang urus dan selesaikan,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Abu Si Raksasa.
Pelakon drama From Saga With Love 2 itu turut mengakui jumlah mesej diterima terlalu banyak sehingga dia sendiri tidak pasti jika ada pengirim cuba memohon maaf kepadanya. Namun begitu, Sophia tetap berlapang dada dan menganggap sekiranya ada yang benar-benar menyesal, ia satu perkembangan positif.

“Terlalu banyak mesej sampai saya sendiri takut untuk baca. Tapi kalau tanya sama ada sudah ada yang meminta maaf, mungkin ada yang sudah minta maaf, tetapi saya tidak pernah buka. Kalau betul ada yang menyesal, itu sesuatu yang baik. Kita semua manusia, pasti pernah buat salah. Saya juga tidak sempurna, buat salah juga. Kepada mereka yang sudah memohon maaf, saya ucapkan terima kasih dan harap teruskan berbuat baik,” katanya dengan penuh makna.

Berkaitan tindakan undang-undang yang diambil, pemenang trofi Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 itu menegaskan langkah tersebut bukan semata-mata untuk melindungi diri, sebaliknya sebagai mesej tegas kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.
“Bagi saya, tindakan undang-undang ini penting supaya orang sedar komen jelik bukan perkara main-main. Mungkin sebelum ini ada yang rasa negara kita tiada peraturan, lalu sesuka hati mahu memfitnah atau menghina orang lain. Diharap dengan tindakan saya ini, ramai yang akan lebih berhati-hati dan manfaatnya dapat dirasai semua pihak,” ujarnya.

Pada 9 Ogos lalu, Sophia tampil membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menerima mesej melampau di Instagram. Selain hinaan keterlaluan, ada kiriman yang berunsur tidak senonoh sehingga jelas berbaur gangguan seksual, sekali gus meninggalkan trauma mendalam kepadanya.

1 month ago
71










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)