Murai rasa, nama Zarina Anjoulie ini memang tak pernah lekang dari kontroversi. Ada je benda yang jadi bualan bila sebut pasal Anju. Kalau sebelum ni dia pernah ‘sound’ habis-habisan Daddy Ash sebab isu panas yang semua orang tahu, kali ini lain pula cerita.
Baru-baru ini tular satu video kononnya sesi masak-masak di sebuah rumah. Tapi yang jadi topik bukan menu atau resepi… sebaliknya kelibat Daddy Ash yang tiba-tiba ada sekali dalam video tu. Haa,di sini la peminat terus naik hantu!
“Haritu bukan main mengata, sekarang siap berkawan?”
Antara komen paling mencuit hati datang daripada peminat yang menulis,
“Haritu bukan main mengata si daddy ash ni HAHAHAH”
Lagi pedih bila ada yang persoal tindakan Anju ni, seolah-olah lupa apa yang dia pernah cakap dulu. Satu komen dari @ayuemaisara pula betul-betul tunjuk rasa kecewa:
“WHAT IS WRONG WITH U ANJU? So disappointed and hmmmmm.. just speechless. I hope u care to explain to your kids and your fans who these people really are.”
Ada pula netizen lain yang siap buat ‘ramalan’ tentang alasan yang mungkin keluar nanti, katanya:
“Apa nak pelik? Nanti dia cakap la dia janda for the sake of nak besarkan anak dia.. jantan tak bagi nafkah.. keep on blaming others.. dia ni rosakkan industri.. gaduh dengan orang sana sini membuta tuli.. bila-bila masa boleh u-turn.. bahaya nak dibuat kawan..”
Promosi Produk Tapi Jadi Isu
Murai dengar-dengar, tujuan asal Anju join video itu sebenarnya untuk promosi produk. Tapi biasalah, bila bab melibatkan nama besar yang pernah ada kes panas, orang ramai memang tak boleh nak ‘move on’ begitu saja. Fokus terus lari daripada produk, terus ke arah “eh kenapa dengan Daddy Ash ni?”.
Untuk yang tak tahu, Daddy Ash atau nama penuhnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, pernah dituduh di mahkamah pada 26 Januari lalu bersama dua individu lain. Mereka dituduh mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan. Hukuman bukan main berat, kalau sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 15 tahun, kena sebatan dan denda sekali.
Netizen Tunggu Jawapan Anju
Sekarang ini, peminat tertanya-tanya… adakah Anju tak kisah dengan sensitiviti masyarakat atau dia ada penjelasan lain yang belum diceritakan? Sebab kalau ikut track record, Anju ni memang jenis lantang bersuara. Jadi, ramai tengah tunggu kalau-kalau dia akan tampil bagi kenyataan dan “counter” balik cakap-cakap orang.
Apa pun, Murai boleh kata, isu ni memang tengah hangat sebab netizen Malaysia memang pantang kalau ada kaitan dengan individu yang pernah terlibat dalam kes berat.