Jika ada pelajar dalam kalangan pembaca yang belum tebus baucar Program Subsidi Penerbangan Pelajar (FLYsiswa) untuk tahun ini, MURAI gesa kamu segera buat rayuan sebelum berakhirnya bulan Ogos 2025!
Bagi yang tertanya-tanya mengenai FLYsiswa; ia adalah salah satu bentuk inisiatif oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mahu membantu meringankan bebas kos perjalanan bagi pelajar yang menuntut pengajian di luar negeri asal mereka.
Subsidi ini merangkumi perjalanan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Siapa Yang Layak Terima Baucar FLYsiswa?
Program Subsidi Penerbangan Pelajar (FLYsiswa) ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
Foto – eCentralSyarat Kelayakan:
- Pelajar daripada Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
- Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Ciri-Ciri Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pelajar yang berdaftar dalam program pengajian sepenuh masa.
- Berasal dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan dan menuntut di Semenanjung Malaysia.
- Berasal dari Semenanjung dan menuntut di Sabah, Sarawak, atau Labuan.
- Berasal dari Sabah dan belajar di Sarawak atau Labuan.
- Berasal dari Sarawak dan belajar di Sabah atau Labuan.
- Berasal dari Labuan dan belajar di Sabah atau Sarawak.
Tarikh Penebusan Tiket Kapal Terbang
Bagi pelajar yang telah layak untuk memohon FLYsiswa ini, kamu boleh melakukan penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM400, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell (syarikat penerbangan mengeluarkan baucar digital) dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Pelajar boleh membuat pembelian di mana-mana syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, BatikAir, Firefly dan MASwings.
Cara Semak Kelayakan FLYsiswa
Bagi pelajar IPT yang ingin melakukan permohonan bantuan subsidi kapal terbang ini, kamu boleh melakukan semakan kelayakan di laman rasmi https://subsidiudara.mot.gov.my.
Foto – https://subsidiudara.mot.gov.my/Sila masukkan nombor MyKad dan pilih Nama Institusi untuk semakan. Jika tidak layak, kamu boleh membuat rayuan semula.
Tempoh Rayuan FLYsiswa
Foto – https://subsidiudara.mot.gov.my/Tempoh untuk membuat rayuan adalah mulai 15 April 2025 sehingga 31 Ogos 2025. Pelajar boleh kemukakan rayuan melalui portal rasmi subsidiudara.mot.gov.my/rayuan dengan kadar segera.
Pelajar juga boleh membuat pertanyaan atau aduan dengan Kementerian Pengangkutan di e-mel [email protected]. Dan untuk maklumat lanjut, sila layari https://subsidiudara.mot.gov.my atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) di [SINI].
Semoga berjaya!

2 months ago
77











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)














![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

