Pelakon Tiz Zaqyah lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang mempertikai usaha murni rakyat Malaysia memberi sedekah makanan kepada pekerja e-hailing di Indonesia susulan kemelut yang melanda negara tersebut. Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 36, tindakan memberi sedekah makanan bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah lama menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

“Sedekah itu tiap kali pesan makanan dibuat. Awak tak pernah buat ke? Lagi satu sedekah Subuh, ada kongsi banyak kali. Tak pernah buat ke? Tabung masjid? Mak cik jual keropok dekat depan bank? Zakat, bayar tak? Wakaf quran? Sedekah untuk bantuan kucing? Ada tak? Tak akan tak lalu di TikTok,” katanya menerusi platform Threads.
Bagi Tiz, sikap segelintir pihak yang mempersoalkan kebaikan orang lain adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Katanya, jika seseorang tidak mahu terlibat dalam usaha murni itu, lebih baik berdiam diri daripada mengkritik mereka yang berbuat kebaikan. “Nak bising fasal orang sedekah makanan, keji betul. Jom sedekahkan al-Fatihah,” ujarnya.

Isu berkenaan timbul selepas seorang individu mempersoalkan tindakan rakyat Malaysia yang membuat pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran di Indonesia sebelum disedekahkan kepada penghantar makanan atau rakyat di sana. Namun, selepas menerima kecaman hebat, individu berkenaan bertindak memadam hantaran tersebut.

Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia mula mengambil inisiatif membeli makanan menerusi aplikasi e-hailing di Indonesia untuk membantu meringankan beban pekerja penghantaran yang pendapatannya terjejas akibat demonstrasi besar-besaran di negara itu. Usaha ini turut mendapat sokongan selebriti tempatan antaranya Puteri Sarah Liyana dan Catriona Ross yang sama-sama menyertai inisiatif sedekah tersebut.
Lebih menarik, tindakan mulia ini bukan sahaja digerakkan oleh rakyat Malaysia malah turut disertai masyarakat dari negara Asia lain termasuk Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina, menjadikan ia sebuah gerakan solidariti serantau yang menyentuh hati ramai. Bagi Tiz, soal membantu sesama manusia tidak seharusnya dipersoalkan, sebaliknya diraikan sebagai tanda kebersamaan ketika jiran tetangga ditimpa kesusahan.

1 month ago
53










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)