Tolak Dakwaan Cerai, Justin Bieber Muat Naik Foto Romantis Bersama Hailey Bieber

7 hours ago 5

Beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat banyak khabar angin mengenai kesejahteraan penyanyi Justin Bieber, termasuklah dakwaan keretakan rumah tangga bersama isterinya, Hailey Bieber.

Untuk pengetahuan kamu berbanding sebelum ini, Justin dilihat aktif menggunakan sosial medianya terutama Instagram apabila dia sering melepaskan apa yang terbuku dalam diri kepada pengikutnya. Biasanya kongsian Justin lebih ke arah gaya hidup hingga pekerjaan.

Tetapi ada beberapa kongsian Instagramnya yang agak mencurigakan telah membuatkan pengikut tertanya-tanya dan berspekulasi mengenai hubungan cintanya dengan Hailey.

Lebih-lebih lagi apabila Justin telah membuat beberapa komen pelik pada sambutan Hari Ibu Hailey yang pertama, di mana dia mengatakan, “Hari Ibu adalah menyebalkan”. Manakala pada bulan Mei, dia berkongsi reaksi pelik terhadap muka depan Vogue solo Hailey dan menurutnya, Hailey “tidak akan pernah menjadi cover Vogue”.

Foto – Reddit

Dan pada pertengahan tahun ini, Hailey dilihat beberapa kali muncul di khalayak ramai tanpa cincin kahwinnya, sehinggakan satu sumber rapat memberitahu bahawa hubungan mereka menjadi sukar serta Hailey kecewa dengan sikap Justin.

“Justin sangat murung dan mereka mempunyai banyak perbualan dan pertengkaran yang kurang menyenangkan. Hailey berasa “tidak disokong” oleh Justin dan letih untuk bergaduh mengenai hal-hal kecil”, ujar sumber rapat.

Pada hari Ahad baru-baru ini, Justin telah menyiarkan beberapa siri foto yang menunjukkan dirinya berpelukan dengan Hailey di hadapan matahari terbenam.

My forever and always“, tulis Justin dalam kapsyen tersebut, menunjukkan hubungan mereka dalam keadaan baik dan sekaligus menafikan dakwaan bercerai. Pada siaran yang sama, Hailey telah memberi tanda suka.

Untuk makluman kamu, Justin dan Hailey telah berkahwin pada tahun 2018. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Jack Blues Bieber.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |