Baru-baru ini, isu sensitif melibatkan budaya serumpun kembali hangat apabila media Indonesia mendakwa Malaysia telah “mencuri” budaya sukan tradisional Pacu Jalur. Dakwaan ini mencetuskan perdebatan di media sosial, namun persoalan besar yang timbul ialah benarkah rakyat Malaysia pernah mengaku budaya ini milik mereka, atau sebenarnya hanya satu naratif yang dicipta?
Apa Itu Sukan Pacu Jalur?
Bagi yang tidak tahu, sukan Pacu Jalur ialah perlumbaan perahu panjang tradisional yang cukup popular di Rantau Kuantan, Riau, Indonesia. Acara ini bukan sekadar perlumbaan biasa, ia membawa nilai budaya yang kaya dan sering dikaitkan dengan acara perayaan besar seperti Hari Kemerdekaan Indonesia.
Pacu Jalur dipercayai telah wujud sejak abad ke-17, digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai pengangkutan di sungai sebelum ia menjadi sebuah acara sukan dan budaya. Perahu panjang yang digunakan boleh memuatkan sehingga 60 pendayung, lengkap dengan ukiran dan warna-warni yang memukau.
Malaysia Tak Pernah Mengaku Milik Sendiri!
Dalam satu hantaran Instagram yang dimuat naik oleh @pndkindo, menyatakan bahawa Malaysia cuba ‘mengklaim’ sukan Pacu Jalur sebagai warisan budaya sendiri. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah tidak ada pun mana-mana netizen Malaysia yang buat dakwaan sedemikian.
Sebaliknya, acara pacu jalur yang berlangsung di Perlis baru-baru ini hanyalah usaha memperkenalkan sukan tersebut kepada masyarakat Malaysia, memandangkan negeri itu juga mempunyai komuniti yang berkait rapat dengan budaya serumpun dari Riau. Ia tidak pernah diangkat sebagai warisan rasmi negara, jauh sekali diklaim milik Malaysia sepenuhnya.
Bongkar Identiti ‘Penuduh’ Sebenar
Yang paling menarik, seorang pengguna TikTok bernama @sofi.wulandari52 membongkar sesuatu yang mengejutkan. Dalam video yang dimuat naik, beliau menunjukkan bahawa akaun yang meninggalkan komen mendakwa budaya Pacu Jalur milik Malaysia itu sebenarnya merupakan rakyat Indonesia sendiri.
Jadi, dari mana datangnya kekecohan ini? Adakah media Indonesia mengambil komen itu sebagai bukti dan kemudian mengolahnya seolah-olah rakyat Malaysia membuat pengakuan tidak wujud itu?
Media Perlu Main Peranan Dengan Tanggungjawab
Dalam era media sosial hari ini, satu komen random sudah cukup untuk dijadikan tajuk berita. Apatah lagi bila melibatkan “Malaysia vs Indonesia”. Seolah-olah ini menjadi resepi clickbait sempurna untuk raih perhatian dan emosi netizen.
Bagi Murai, sepatutnya mereka perlu lebih berhati-hati dalam melapor. Tuduhan seperti ini bukan sahaja boleh mencetuskan salah faham antara dua negara jiran, tetapi juga merosakkan semangat serumpun yang telah lama terbina. Perkara ini boleh menjadi lebih serius kerana ia melibatkan isu nagara.
Jangan Cepat Melatah, Saring Dulu Fakta
Sebagai rakyat Malaysia, Murai tidak menafikan bahawa banyak budaya di negara ini turut datang dari Nusantara, termasuk dari Indonesia. Namun dalam hal Pacu Jalur, tiada siapa pun dari pihak Malaysia yang tampil mengklaim sukan itu sebagai warisan tempatan.
Apa yang berlaku hanyalah sebuah acara meriah yang meraikan sukan tradisi tersebut. Bukan mencuri, bukan meniru. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita semua, terutama media, belajar membezakan antara penghargaan budaya dan pengakuan milik.

3 months ago
115










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)
















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] “Kalau Tak Selesa Kenapa Pakai Juga” – Penampilan Berani Khushi Mukherjee Undang Kecaman Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Copy-of-Untitled-756-x-1134-px-30-x-20-cm.png)