Suami kepada pelakon jelita, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar mencuri perhatian netizen hantaran istimewanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5, baru-baru ini.
Wan Emir menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan Mira Filzah bukan sahaja sekadar seorang isteri, malah menjadi sahabat dan peneman dalam setiap langkah yang menjadikan mereka berdua saling melengkapi.
“Lima tahun sudah, kekasihku @mfmirafilzah. 🌹 Lima tahun penuh tawa, doa, dan cerita — dari detik pertama kau hadir di jiwa, ke saat dilafazkan akad untuk menjagamu, hingga ke hari ini, setiap hela nafas perjalanan kita adalah anugerah yang tak ternilai.
Nur Amirah, kau bukan sekadar isteri… kau adalah sahabatku yang paling setia, peneman dalam setiap langkah, dan redha serta takdir-Nya menjadikan kita saling melengkapi.
Bersamamu, belajar dan mengenal makna syukur, mengamati erti pengorbanan. Dalam setiap senyummu, ku temui ketenangan. Dalam setiap tangismu, ku temui bahagia dan kekuatan.”-tulis Emir di Instagram
“Moga Bahagia Hingga Ke Jannah…”
Nukilan hati Emir buat Mira mencetuskan rasa terharu netizen serta rakan selebriti di ruangan komen, malah ramai yang mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah.
“Suka baca kapsyen oppa Emir, Penuh dengan puitis. Kak Mira pun sweet juga tapi version dia lah, short and simple but sweet.”
“Moga bahagia hingga ke Jannah.”
“Penat kitorang baca sampai habis. Sangat rare ya untuk orang lelaki berucapan puitis macam ni sebab selalunya perempuan je yang selalu romantis gini.”
“Suka baca kapsyen Emir. Berpuitis dengan penuh makna. Happy anniversary to both of you.”
“Emir dalam golongan antara 60% lelaki yang ingatan diorang ni power.”
“Sampai habis saya baca. Moga bahagia selalu.”
Sekadar info, Mira Filzah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dalam satu majlis pernikahan yang disaksikan sendiri oleh bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Emir yang dilahirkan pada 10 Mei 2022 dan kini telah berusia tiga tahun.