Ummi Nazeera Menari Di TikTok, Lain Pula Yang Netizen ‘Cemburu’?

15 hours ago 8

Pelakon, Ummi Nazeera kembali menghiburkan peminat di media sosial dengan perangai ‘random’ selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

Sering dikenali ramai dengan sikap lemah lembut dan elegan, Ummi Nazeera menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan dirinya yang anggun menggayakan Kebaya Peplum berwarna beige bersama selendang hitam itu turut menari irama tradisional.

“Dah boleh masuk rumah.”-kapsyen ringkas Ummi Nazeera di TikTok

@umminazeera

Dah boleh masuk rumah

♬ original sound – Ummi nazeera – Ummi nazeera

“Macam Mana La Nak Kurus Macam Ni…”

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa terhibur melihat gelagat lucu Ummi, malah ramai yang meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat pinggang kerengga Ummi biarpun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

“Bila nak kurus macam ni 🤣.”

“Denda menari sebelum dapat masuk rumah 🤣.”

“Dr Izzar belum balik dari outstation ye? Lama nya 😩.”

“Tolong bagi dia berlakon cepat. Pening dah nengok free sangat masanya 🤣.”

“Bestnya la, macam mana la nak kurus macam ni, dah akak kejap-kejap mengunyah tapi bila tengok orang macam ni kurus bersemangat pulak akak 🤣.”

“Aku anggap video ni sebagai motivasi la buat diri aku untuk dapatkan balik saiz pinggang yang macam ni dulu huhu.”

“Terima kasih sebab selalu buat akak hilang stress bila tengok video Ummi fyp yang menghiburkan.”

“Ya Allah tiba-tiba teringat badan aku yang slim macam Ummi. Tapi cerita ni masa aku belum kahwin la 😂. Sekarang dah anak 3 makin comel pulak badan aku ni hahaha.”

Sekadar info, Ummi Nazeera mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |