[VIDEO] Anak Normah Damanhuri Beri Kejutan ‘Renovasi’ Bilik Baharu, Netizen Terharu!-“Doa Mak Yang Mahal Tu..”

10 hours ago 7

Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu Rose Azlin mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan kejutan istimewa buat ibunya itu.

Rose Azlin atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Nona menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, menitipkan rasa syukur apabila penantiannya selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian bilik tidur ibunya itu kini menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah. Penantian selama 7 bulan Kak Nona siapkan bilik Mama. Semoga Mama happy dan selesa. Love you Mama.”-kongsi Kak Nona di TikTok

@kaknona.official

Alhamdulillah..Penantian selama 7 bulan Kak Nona siapkan Bilik Mama.Semuga mama happy dan selesa.Love u Mama❤️ #kaknona #myvideofypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #Teamkaknona #myvideoviral

♬ Do’a Untuk Kedua Orangtua – Achmad Risman & Neng Retno

“Bahagia Seorang Ibu..”

Kejutan istimewa Kak Nona buat ibunya itu mencetuskan rasa terharu netizen di ruangan komen, malah ramai yang memuji sikapnya yang memuliakan ibu.

“Bagus Kak Nona. Nak buat video maknya lengkap tutup aurat. Dia sayang mak dia. Dia jaga aurat maknya. ”

“Doa mak yang mahal tu.”

“Mesti masa anak-anak dia kecil dulu, dia jadi mak yang memikul amanah dengan baik. Sebab tu bila anak-anak dah besar semua berebut balas jasa dia.”

“Suka tengok Kak Nona dan family dia. Banyak perubahan Kak Nona selepas balik Umrah. Dia sangat menjaga family dan agama. Moga Kak Nona kuat dan lebih istiqomah. Kak Nona banyak menitik beratkan ilmu dunia dan akhirat dalam keluarganya.”

“Mak tak perlu kereta mewah, barang kemas, mak cuma nak berteduh dengan anak, cucu yang baik-baik. Macam Kak Nona sediakan bilik yang selesa buat mak. Hati mak seronok. Berkatlah satu rumah.”

“Bertuah pelakon legend kita Normah Damanhuri dapat anak macam Kak Nona memuliakan ibunya.”

“Bahagia seorang ibu bila anak-anak ikhlas menghargainya. Dan anak yang sentiasa meraikan ibunya, pasti hidupnya akan diredhai Allah. Alhamdulillah.

Selain Kak Nona, Normah Damanhuri turut mempunyai empat cahaya lain seperti Uji, Lydia, Liana, dan Ahya.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |