[VIDEO] Bekas Air Minuman Ammar Ahyan Buatkan Netizen Terhibur-“Dia Nak Kitar Semula”

4 hours ago 3

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ammar Ahyan menggunakan bekas coklat yang telah habis sebagai cawan yang diisi dengan air sejuk untuk diminumnya itu. Ammar juga mengatakan bahawa beliau ingin kitar semula barang tersebut agar menjadi sesuatu yang berguna.

@shahidadherbs2

Ammar ni ada2 je dia 😌😌

♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jika ingin kitar semula pastikan guna plastik yang tidak mempunyai bahan kimia terutamanya digunakan untuk makan dan minum sacra berulangan.

“bukan sekitar semula ammar oii, kitar semula”

“sampai aku pun dah lupa apa ayat sebetulnya, bertuah punya ammar”

“allah, sekitar semula pulak dah”

“dia pun sekitar semula ja hat kita ni montigo la owala laa hahaha”

“ingatkan adik adik aku je yang buat gini, anak jutawan pun buat jugak hahahah”

“nampak la dia dah bosan jadi kaya, bagi la saya ganti tempat ammar”

“dia yang kaya pun sekitar semula, aku yang b40 ni taknak sekitar semula”

“aku yang study sustainability pun tak macam ni la ekk”

“dia lupa dia kaya tu”

“walaupun pelik but ade point juga doh hahaha”

Ammar Ahyan, anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, dilahirkan pada 2008 dan kini berusia 17 tahun. Sebagai pewaris empayar perniagaan keluarga D’Herbs, Ammar mula menunjukkan potensi dalam dunia perniagaan dengan mengambil bahagian dalam sesi siaran langsung TikTok untuk mempromosikan produk ayahnya.

Dikenali dengan sikap matang, sopan, dan rendah diri, Ammar mendapat pujian ramai, termasuk pengacara Nabil Ahmad, atas keperibadiannya yang luar biasa.

Selain itu, beliau bercita-cita menjadi usahawan berjaya dan menyatakan hasrat untuk mengembangkan lagi jenama keluarga selepas tamat sekolah, Ammar sangat menunjukkan wawasan dan pendirian jelas dalam kehidupannya itu.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |