Selepas setahun hiatus, kumpulan K-Pop BLACKPINK akhirnya bersatu semula untuk konsert pembukaan jelajah dunia mereka yang diberi nama ‘DEADLINE’. Konsert mereka diadakan Stadium Goyang, berlangsung selama dua hari, 5 dan 6 Julai 2025, di mana tiket habis dijual.
Semasa konsert tersebut, BLACKPINK turut memperkenalkan lagu baharu mereka, “Jump” dan lagu tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat.
Foto – @jenniepics (X)Bukan itu sahaja, terdapat beberapa momen tular, termasuklah sikap rapper BLACKPINK iaitu Jennie semasa konsert berlangsung. Ketika menyampaikan lagu “Forever Young”, kasut Jennie mengalami masalah dan telah menjejaskan persembahannya.
Dalam video tersebut, Jennie menunjuk ke arah kakinya dan menerangkan cara mengikat kasutnya kepada staf konsert. Dia dilihat menunjukkan cara mengikat kasut dengan betul dan pantas.
Tindakannya yang tergesa-gesa untuk kembali ke pentas untuk meneruskan persembahan membuatkan ramai yang memberi reaksi negatif. Ramai yang menyifatkan tindakan Jennie sebagai kasar dan juga biadap. Beberapa pengguna media sosial lain pula, mentafsirkan ekspresi dan bahasa tubuhnya sebagai “meremehkan staf belakang tadbir”.
Walaupun begitu, ada sesetengahnya cuba menyebelahi Jennie. Sebuah video memaparkan sudut lain, menunjukkan Jennie tersenyum semasa berinteraksi dengan staf tersebut. Mereka juga mengatakan gerak isyaratnya lebih tertumpu untuk menyelesaikan masalah dengan cepat daripada memarahi staf-staf yang membantunya.
Manakala yang lain menekankan isu wardrobe malfunction, iaitu kerosakan pakaian adalah perkara biasa. Masalah sebegitu biasanya memerlukan perhatian segera bagi mengelakkan kecederaan di atas pentas atau menganggu koordinasi kumpulan.
Dalam sebuah video lain pula menunjukkan Jennie cuba menyelesaikan masalah kasutnya sendiri di tengah pentas, tetapi staf telah memanggilnya untuk membantu.
Menjelang konsert jelajah dunia ‘DEADLINE’, orang ramai berharap agar peminat lebih menumpukan pada muzik berbanding dengan kontroversi yang tular. Apa pendapat kamu?

3 months ago
73









![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)
















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] “Kalau Tak Selesa Kenapa Pakai Juga” – Penampilan Berani Khushi Mukherjee Undang Kecaman Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Copy-of-Untitled-756-x-1134-px-30-x-20-cm.png)