Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 dalam satu majlis tertutup di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Pasangan diraja tersebut telah berbincang terlebih dahulu bahawa mereka ingin majlis itu diadakan secara privasi dan bersederhana, yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan. Baginda juga memandu sendiri ke masjid tanpa pengiring diraja, sambil memakai pakaian kerjanya dan hanya menukar pakaian perkahwinannya di sana.
Daripada perkahwinan sebelumnya dengan seorang juruterbang Etihad Airways, Mustapha Kamal Halim, baginda mempunyai dua orang anak iaitu seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki, masing-masing bernama Nur Amanda dan Adam Salleh.
“Tak Sangka Baginda Permaisuri Ada Bakat Melipat Serviette Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nona.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 37 ribu, tanda suka sebanyak 615 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Noraskhikin berkenan berangkat menyerikan majlis sambil mempelajari ilmu menata meja makan dan menyaksikan peragaan busana mempelai rekaan Calvin Thoo yang serba Indah itu.
@nona.myDalam nuansa mewah The Garden Room di Shangri-La Kuala Lumpur, bersemarak sebuah acara berprestij, ‘The Garden Soiree’ oleh perancang perkahwinan terkemuka, Reka Teemor. DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menyerikan majlis, sambil mempelajari ilmu menata meja makan dan menyaksikan peragaan busana mempelai rekaan Calvin Thoo yang serba indah, dalam suasana majlis yang digarap bagaikan taman kayangan. Terserlah jua bakat terpendam Tengku Permaisuri Selangor ketika melipat napkin, rupanya Baginda Permaisuri memang peminat seni dan suka menghias rumah! Cukup menginspirasikan, menjunjung kasih Tuanku. Video penuh saksikan di YT & FB Majalah Nona ✨ @REKA TEEMOR @shangrilakl #majalahnona #wanita #inspirasiwanita
♬ Romantic Saxophone – AndyWarner
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga memuji cara baginda melipat kain napkin tersebut kerana kelihatan sangat kemas seperti di hotel terkemuka dunia. Tambah mereka lagi, mereka juga baru mengetahui bahawa Baginda Permaisuri sememangnya peminat seni dan amat gemar menghias rumah dan perkara itu sangat menginspirasikan ramai orang.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

3 months ago
70











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)