[VIDEO] Ernie Zakri Kongsi Cerita Bagaimana Amira Othman Mintanya Jadi ‘Dulang Girls’

5 hours ago 3

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan bagaimana Amira Othman memintanya menjadi pembawa dulang semasa majlis nikah. Ernie Zakri juga memberitahu bahawa dia sendiri tidak mengetahui siapakah bakal suami Amira Othman ketika itu, namun akhirnya dia mengerti dari jawapan yang diberikan Amira bahawa bakal suaminya adalah Fattah Amin.

@sitinoremi

Replying to @🕊️ 😂😂

♬ original sound – 𝓒𝓲𝓴 𝓢𝓲𝓽𝓲 ˙ᵕ˙ – 𝓒𝓲𝓴 𝓢𝓲𝓽𝓲 ˙ᵕ˙

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut, mereka juga mengatakan sangat seronok mendengar Ernie Zakri cerita mengenai persiapan Amira Othman sebelum bergelar sebagai isteri kepada Fattah Amin.

“kantoi ah ernie dah rungkaikan rahasia selama ni, maksudnya dah lama la mira plan ni kita je yang lalai hahahaha”

“masalahnya korang berdua pengantin lama pun tetiba sweet dah berjangkit dengan fattah n amira”

“untunglah zoom bini sampai habis, laki aku kalau suruh rekod video dengan jalan tar pun masuk video sekali hahahaha”

“dari semalam layan behind the scene irfan haris dengan ernie zakri ni hahaha”

Info Tambahan, siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikam rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |