Tular di media sosial sebuah video lucu namun sarat pengajaran yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @dapokitty, memaparkan gelagat seorang pelanggan wanita berbangsa Cina yang menegur staf kedai kerana menyangka dia sedang bermain telefon ketika waktu bekerja.
@dapokittyTengah live, balas komen kejap sambil siapkan order Aunty ni. Tahu-tahu kena warning 🤣 Aunty ingat kita VC boypren kot 🤣 Aunty soooo cute ❤️ 🔎 Dapo Kitty Bandar Baru Kampar 🕰️ Gerai 10AM – 2PM / Pasar Malam #pov #asampedas #foodtiktok #perakfoodie #tiktoklive #livehighlights #foryoupage #fyp #CapCut
♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound
Dalam video berdurasi pendek itu, wanita itu kedengaran menegur staf berkenaan ambil menunjukkan ekspresi serius dan tegas. Namun, rupa-rupanya staf tersebut sebenarnya sedang membuat siaran langsung (live) untuk mempromosikan produk jualan mereka.
Setelah dijelaskan situasi sebenar, suasana terus bertukar menjadi ceria apabila aunty tersebut tersipu-sipu malu dan akhirnya memberikan senyuman comel yang mencairkan hati ramai. Reaksi spontan dan jujur daripada pelanggan itu membuatkan ramai netizen terhibur dan meninggalkan komen positif di ruangan komen.
“Comelnya aunty tu! Dia ingat staf tu main phone…”
Di ruangan komen ramai yang memuji tindakan pekerja kerana sabar melayan pelanggannya. Ada juga yang turut memuji pelanggan tersebut yang kelihatan comel setelah mengetahui keadaan sebenar. Gelagatnya mendapat pujian kerana memahami situasi pekerjaan sekarang yang perlu melibatkan diri dalam dunia maya.
“Comel la auty malu”
“Dia tegur untuk tingkatkan kualiti service tapi dia comel”
“Auty marah je diorang aunty, takpe sebab aunty comel”
“Macam cikgu lah marah murid”
“Betul lah aunty tu tegur, if ada customer layan dulu boleh tinggal kejap live”
Ada yang turut menyokong aunty tersebut kerana layanan pelanggan tetap perlu diutamakan biarpun sibuk dalam menguruskan siaran langsung. Bagi mengelakkan situasi tidak diingini, penjual tampil menjelaskan situasi.
“Kalau perasan video ni ada 2 suara. Ada je yang serve selain saya, tapi aunty dah biasa dengan saya”
Situasi ini secara tidak langsung menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh para peniaga kecil masa kini, di mana mereka bukan sahaja perlu melayan pelanggan di kedai, tetapi juga aktif memasarkan produk secara dalam talian. Salah faham seperti ini lumrah berlaku, namun ia juga membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih memahami cara kerja era digital hari ini.

3 months ago
102











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)